Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis solat Aidilfitri bersama rakyat di Dataran Istiadat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis solat Aidilfitri bersama rakyat di Dataran Istiadat

Raja Perlis solat Aidilfitri bersama rakyat di Dataran Istiadat

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 09 Mei 2022 11:27

ARAU: Sambutan Hari Raya Aidilfitri di negeri ini diraikan  meriah selepas dua tahun terikat dengan sekatan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran Covid-19. 

 

Di Arau, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenaan berangkat menunaikan solat Aidilfitri bersama-sama rakyat jelata di Dataran Istiadat, pekarangan Istana Arau di sini.

Solat Aidilfitri yang dihadiri lebih 600 jemaah di kawasan tanah lapang tersebut bermula pukul 8 pagi dan berakhir sekitar pukul 8.30 pagi

Solat Aidilfitri itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor manakala khutbah pula disampaikan oleh Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan barisan Exco kerajaan negeri ini.

Selepas solat Aidilfitri, para perantau yang pulang ke kampung halaman dilihat tidak melepaskan peluang bertemu rakan-rakan selepas dua tahun terpaksa beraya di perantauan.

Mohd. Razif Ibrahim,36, berkata, suasana Aidilfitri tahun ini cukup bermakna apabila dapat disambut seperti biasa bersama ahli keluarga di kampung halaman.

Malah katanya, dia juga berkesempatan bertemu sahabat-sahabat baik selepas dua tahun tidak berjumpa khususnya di pagi Syawal.

“Alhamdulilah, tahun ini kita dapat menikmati suasana sebenar berhari raya. Malah, kita juga sudah boleh kunjung mengunjung rumah saudara mara selepas tiada lagi sekatan.

“Insya-Allah tidak ada halangan saya akan beraya di kampung sehingga Ahad depan,” katanya.- 

 

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE