Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UPNM jayakan webinar Cabaran Wanita Dalam Keselamatan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UPNM jayakan webinar Cabaran Wanita Dalam Keselamatan

UPNM jayakan webinar Cabaran Wanita Dalam Keselamatan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 20 April 2022 07:28

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Pejabat Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporatnya akan menjadi hos pada bulan ini bagi menjayakan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (Women in Search of Excellence – WiSE) Siri ke-8 pada hari rabu ini 20 April 2022 dari jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang melalui FB UPNM dengan tajuk menarik iaitu ‘Cabaran Wanita Dalam Keselamatan’.

 

Perasmian akan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Penasihat DiRaja YTF dan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah. Perasmian penutupnya pula akan dilaksanakan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pengerusi YTF.

Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah akan menyampaikan ucapan alu-aluan dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dijangka menyampaikan ucaptama.

 

Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) UPNM Dato’ Dr. Junaidah Kamarruddin akan membuat rumusan serta disusuli dengan Ulasan ucaptama dikongsikan oleh Dr. Surayya Mohd Saudi (Pengarah Bahagian Korporat UPNM) dan KDR Hani Kalsom Hashim TLDM (Timbalan Pengarah NiEEd UPNM).

 

Forum bual bicara 1 mengupas ‘Peranan Wanita Dalam Pertahanan dan Keselamatan Negara’ akan disampaikan oleh panelis
Brigedier Jeneral Dr. Normah Samsuri (Pengarah Pergigian PMBTD), Brigedier Jeneral Fadzillah Abdullah TUDM (Pengarah Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (ATM)) dan KDR TS Dr. Haliza Mohd Zahari TLDM (Pengarah HADR (UPNM) dengan dimoderatorkan oleh Prof. Dr. Haslinda Abdullah @ Betsy Bennet (Pengarah NiEEd UPNM

 

Forum bual bicara 2 dengan topik ‘Keselamatan Wanita Dalam Perspektif Undang-Undang’ pula akan disampaikan oleh panelis Dr. Zurina Abdul Hamid (Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita), Farah Adura Hamidi (Timbalan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti & Anti Rasuah Nasional (JPM), LT KDR Dr. Mazura Md Saman (Timbalan Pengarah CoMIHL (UPNM) serta Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz (Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM) dan dimoderatorkan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Razi.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE