Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Didik amalan menabung sedari kecil – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Didik amalan menabung sedari kecil – Raja Muda Perlis

Didik amalan menabung sedari kecil – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 20 April 2022 07:27

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar didikan amalan menabung hendaklah diasuh awal dan dimulakan sedari kecil.

Baginda bertitah, tabungan untuk masa depan merupakan kemestian kepada semua individu, khususnya sebagai persiapan bagi kelangsungan hidup seperti persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian menurut hebahan media MAIPs selepas berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahmad Dasuki Abdul Majid yang diadakan di Masjid Al-Mursyid, Pauh Guring dekat Arau baru-baru ini.

 

 

Turut serta ialah Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Negeri Pejabat PTPTN Negeri Perlis, Siti Jahara Mohd Idris dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Titah baginda lagi, budaya menabung wajar dijadikan silibus dalam pendidikan negara agar sikap ini mengakar dan dihayati oleh generasi akan datang.

Ahmad Dasuki pula memaklumkan bahawa PTPTN sentiasa mengalu-alukan masyarakat untuk melakukan tabungan selain turut menyediakan kemudahan transaksi secara dalam talian bagi memudahkan masyarakat.

“Untuk maksud itu, pembukaan akaun Simpan SSPN dan penambahan deposit boleh dilaksanakan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter sebagai usaha menggalakkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat,” jelas beliau.

Sejurus selepas itu Tuanku Raja Muda berkenan menyerahkan RM21,000 bagi pihak MAIPs untuk diagihkan oleh amil masjid tersebut Ku Mat Isa Ku Ismail kepada seramai 30 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariahnya. Masing-masing menerima RM700.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE