Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - SSM Perlis sumbang zakat kepada masjid, bantu golongan asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
SSM Perlis sumbang zakat kepada masjid, bantu golongan asnaf

SSM Perlis sumbang zakat kepada masjid, bantu golongan asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 18 April 2022 08:26

ARAU: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui pejabat cawangannya di Perlis menyumbangkan zakat berjumlah RM5,000 kepada Masjid Al-Mursyid Guring, Pauh bagi membantu meringankan beban golongan asnaf dalam kalangan anak kariah masjid itu.

Replika cek tersebut diserahkan Pengurus SSM cawangan Perlis, Ahmad Nizam Samsoo kepada Pengerusi Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin Jamalullail di sini hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan berangkat menyaksikan acara penyempurnaan penyerahan tersebut.

Turut hadir mengiringi baginda Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Ahmad Nizam berharap, sumbangan zakat tersebut dapat mengimarahkan lagi aktiviti-aktiviti di masjid berkenaan. 

“Pada masa sama menjadi harapan saya supaya program-program berbentuk agihan zakat ini dapat membantu menyantuni golongan asnaf dan memberi nilai tambah kepada SSM sebagai sebuah organisasi yang cakna dan prihatin terhadap nasib rakyat yang mengalami kesempitan hidup dan susah,” katanya.

Tambahnya, SSM cawangan Perlis turut memperuntukkan agihan zakat berjumlah RM15,000 kepada golongan asnaf fakir miskin terpilih yang telah dikenalpasti melalui kerjasama dengan pihak MAIPs.

Sementara itu, katanya, setiap tahun SSM tidak pernah ketinggalan menyambut ulang tahun penubuhannya pada tanggal 16 April.

“Ianya telah dijadikan sebagai salah satu acara tahunan SSM bagi memperingati sejarah perjalanannya dalam melakar pelbagai pencapaian yang membanggakan. 

“Tahun 2022 ini, SSM telah melangkah dua dekad lamanya. Oleh itu, pelbagai pengisian aktiviti telah dirancang melibatkan peringkat ibu pejabat, pejabat negeri dan juga cawangannya di seluruh negara. 

“Tidak terkecuali aktiviti di bawah agihan wakalah zakat dan peruntukan CSR (tanggungjawab sosial korporat) SSM,” katanya. 

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE