Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Salur RM5,453,700 Di Bawah Bantuan Khas Rangsangan Asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Salur RM5,453,700 Di Bawah Bantuan Khas Rangsangan Asnaf

MAIPs Salur RM5,453,700 Di Bawah Bantuan Khas Rangsangan Asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 18 April 2022 08:08

KANGAR, 16 April- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengambil pelbagai langkah proaktif bagi membantu golongan yang terkesan dalam aspek kewangan dan ekonomi akibat penularan COVID-19 dengan menghulurkan sumbangan bagi membantu mereka yang terkesan teruk terutamanya golongan asnaf di negeri ini.


Antara inisiatif atau bantuan yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu ialah Agihan Bantuan Khas Rangsangan Asnaf MAIPs Kesan Pandemik COVID-19 kepada 18,179 orang penerima berjumlah RM5,453,700.



Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, pihak MAIPs juga telah membuat agihan bantuan kepada 15,303 orang penerima melalui akaun bank.



Manakala, bagi 2,876 penerima lagi yang tidak mempunyai akaun, ia diagihkan secara edaran melalui Amil-amil Kariah.



Demikian titah baginda ketika menyempurnakan perasmian Majlis Apresiasi Penyumbang Zakat Gaji Tahun 2021 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail.



Majlis tersebut dilaksanakan sebagai medium untuk menghargai para penyumbang zakat pendapatan di bawah Skim Potongan Secara Bulanan melalui MAIPs.

 



Wartawan: Wan Noor Azley

'Yang sahih di Berita RTM'

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE