Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Institusi kekeluargaan diseru proaktif santuni anak yatim n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan MAIPS sebanyak RM20,000 kepada empat buah Rumah Kebajikan Anak Yatim di Masjid Negeri Arau, Perlis, hari ini. TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan MAIPS sebanyak RM20,000 kepada empat buah Rumah Kebajikan Anak Yatim di Masjid Negeri Arau, Perlis, hari ini.

Institusi kekeluargaan diseru proaktif santuni anak yatim

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 11 April 2022 08:26

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru institusi kekeluargaan agar memainkan peranan secara proaktif dalam usaha menyantuni anak yatim daripada aspek perlindungan, pendidikan, kewangan dan kebajikan.

 

Baginda bertitah, perkara tersebut perlu diberi penekanan bagi memuliakan golongan itu secara berterusan sejajar dengan tuntutan agama.

 

“Anak-anak yatim merupakan generasi akan datang dan seperti mana kanak-kanak dan remaja lain, mereka juga memerlukan perhatian dan sokongan dalam membentuk masa depan.

 

“Sehubungan itu, besar harapan saya untuk melihat institusi kekeluargaan dan masyarakat berganding bahu dalam usaha berterusan menyokong anak-anak ini dari pelbagai sudut khasnya kasih sayang, kebajikan, pendidikan dan kewangan,” titah baginda.

 

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyantuni golongan anak yatim dari kariah Kota Raja Arau di Masjid Negeri Arau, di sini hari ini.

 

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada empat buah Rumah Kebajikan Anak Yatim di negeri ini.

 

Sumbangan tersebut diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor melalui Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mohammad Hazam Ismail.

 

Pada program sama, baginda  turut berkenan menyaksikan penyerahan van jenazah sumbangan Syarikat Ummul Travel And Tours Sdn Bhd bagi kegunaan Masjid Negeri Arau yang diterima oleh Imam Besar Negeri, Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.

 

Sumber:  UTUSAN MALAYSIA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE