Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tingkat Usaha Menjaga Kesejahteraan Persekitaran n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tingkat Usaha Menjaga Kesejahteraan Persekitaran

Tingkat Usaha Menjaga Kesejahteraan Persekitaran

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 11 April 2022 08:23

Kangar – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru masyarakat supaya terus mengamalkan gaya hidup sihat dan amalan pengambilan makanan yang sihat bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

 

Masyarakat tidak boleh alpa dan selesa dengan kualiti udara, bekalan air bersih dan nutrisi pemakanan yang dimiliki pada masa ini. Usaha untuk mengekalkan kesejahteraan persekitaran daripada pencemaran air dan udara perlu ditingkatkan.

 

Bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Sedunia yang diraikan pada 7 April setiap tahun, baginda mengingatkan rakyat untuk memastikan kesihatan diri dan planet terus terjaga demi kesejahteraan planet untuk generasi kini dan akan datang.

 

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri kempen “Perlis Hebat: Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama dalam Tindakan” anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa kempen Hari Kesihatan Sedunia yang bertemakan “Our Planet, Our Health” adalah penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia terhadap kepentingan mengekalkan dan melindungi kesihatan serta mitigasi, yakni mengurangkan krisis kesan perubahan iklim dunia.

Kualiti udara, bekalan air bersih dan nutrisi pemakanan adalah topik utama dalam kempen Hari Kesihatan Sedunia pada tahun ini. Permasalahan ini relevan kepada masyarakat dunia selepas mendepani dua tahun yang penuh cabaran ekoran pandemik COVID-19.

 

Tambah beliau, pandemik COVID-19 yang melanda dunia juga telah memperlihatkan kesejahteraan hidup manusia dan keadaan persekitaran dunia saling berkait.

 

“Kesihatan kita dipengaruhi oleh bagaimanakah sikap kita menjaga persekitaran bumi kita itu sendiri?” jelasnya lagi.

 

Sementara itu, baginda turut berkenan menyampaikan agihan zakat MAIPs bersempena dengan Program Kayuhan MAIPs Peduli yang turut diadakan bersama-sama dengan kempen ini kepada tiga orang asnaf terpilih di pinggir bandar Kangar, iaitu Rejab Choh, 84 tahun; Sara@Ramlah Hashim, 78 tahun; dan Hamid Salleh, 77 tahun yang tinggal di pinggir bandar Kangar. Masing-masing menerima wang tunai, beras dan sekotak bahan makanan mentah.

 

 

DYTM Raja Muda Perlis berkesempatan menyantuni tiga buah rumah asnaf.

 

 

Pada petang yang sama, DYTM Raja Muda Perlis turut berkenan mengunjungi bazar Ramadan di Bintong.

 

DYTM Raja Muda Perlis di bazar Ramadan.

 

Hadir sama mengiringi keberangkatan baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Sumber: Buletin JendelaDBP

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE