Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Masyarakat Harus Dekati, Santuni OKU – Raja Puan Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Masyarakat Harus Dekati, Santuni OKU – Raja Puan Muda Perlis

Masyarakat Harus Dekati, Santuni OKU – Raja Puan Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 10 April 2022 10:18

Orang Kurang Upaya (OKU) adalah sebahagian daripada diri kita sendiri dan menjadi aspek yang penting buat semua pihak dalam membantu OKU terus menjalani kehidupan yang lebih baik, dan seharusnya masyarakat sekeliling perlu lebih mendekatkan diri dengan golongan OKU dan sentiasa menyalurkan maklumat yang berkaitan untuk sama-sama membantu agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tertentu untuk memberi kesedaran sepenuhnya kepada seluruh masyarakat.

 

Demikian titah saranan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menurut hebahan media Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) semasa menerima mengadap Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi sempena Mesyuarat YTF yang diadakan secara atas talian baru-baru ini. 

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen yang juga merupakan Pengerusi YTF turut menitah sarankan agar masyarakat perlu sentiasa membantu dan memberi lebih perhatian terhadap golongan OKU bagi semua aspek terutama sekali membuka peluang dalam kepimpinan dan pendidikan untuk melahirkan OKU yang berjaya seiring dengan pembangunan komuniti setempat.

Sementara itu, Senator Datuk Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pula memaklumkan kepada Tuanku Raja Puan Muda berhubung perkembangan dan data OKU di seluruh negara dan berharap agar pembangunan OKU akan terus diberi perhatian oleh semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta dan NGO yang berkaitan, terutama sekali untuk memastikan golongan OKU sentiasa berdaftar dengan agensi kerajaan dan tidak tercicir dalam mendapatkan hak keistimewaan yang sepatutnya.

Berangkat sama adalah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penasihat DiRaja Yayasan. Turut serta ialah Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YTF terdiri daripada Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen, Dato’ Yeoh Soo Min, Dato’ Rajasekaran Murugaiah dan Dato’ Charon Wardini Mokhzani.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE