Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Bekalan Air Terawat Beri Impak Berganda Kepada Komuniti n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Bekalan Air Terawat Beri Impak Berganda Kepada Komuniti

Bekalan Air Terawat Beri Impak Berganda Kepada Komuniti

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 31 Mac 2022 09:32

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bekalan air terawat melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mensasarkan impak berganda kepada komuniti yang terlibat.

 

Demikian menurut anakanda sulung kepada Tuanku Raja Muda Perlis, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah bt Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan mempengerusikan mesyuarat kerjasama ‘Community Outreach’ CSR antara MAIPs dan Venturetech Sdn Bhd selaku penyumbang dana serta Acme Chemical Sdn Bhd di Dewan Kuliyyah MAIPs Kangar semalam.

Jelas Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, bekalan air terawat melalui kaedah CSR Insyaallah akan dapat memberikan keselesaan kepada masyarakat setempat yang berhadapan dengan isu bekalan air seperti tekanan rendah.

Dalam hubungan ini, MAIPs sentiasa mengalu-alukan pelbagai pihak yang berhasrat melaksanakan projek CSR seumpama ini yang sekaligus dapat mengurangkan bebanan penyediaan infrastruktur oleh pihak kerajaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor, beberapa program seperti Wakaf Ma’ As-Sabil dan Sumbangan Dana Tabung Bara’atuz Zimmah telah dilaksanakan oleh MAIPs dalam usaha untuk membantu masyarakat dalam menyediakan kemudahan infrastruktur awam menggunakan konsep wakaf dan CSR termasuk pembinaan Bangunan Wakaf MAIPs Pusat Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah.

“MAIPs amat bersyukur atas sikap murah hati para dermawan yang budiman kerana sentiasa menghulurkan sumbangan terhadap pelbagai inisiatif sama ada melalui instrumen zakat, wakaf atau sedekah,” tambah Mohd Nazim.

Masyarakat yang berhasrat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai beberapa inisiatif dan kutipan sumbangan wakaf dan CSR MAIPs bolehlah melayari laman portal rasmi MAIPs www.maips.gov.my.



Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE