Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis seru jaga alam sekitar n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis seru jaga alam sekitar

Raja Muda Perlis seru jaga alam sekitar

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 28 Mac 2022 08:50

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru rakyat negeri ini supaya mengambil tanggungjawab bersama menjaga alam sekitar.

Titah baginda, antara usaha-usaha kecil yang boleh dilakukan setiap rakyat adalah dengan terlibat dalam penanaman pokok, kitar semula dan penjimatan penggunaan air.

“Selain itu, elak penggunaan plastik sekali guna, penjimatan penggunaan elektrik, penggunaan teknologi mesra alam dan sebagainya,” titah baginda.

 
 

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat pada program penanaman pokok jati ‘Tectona Grandid’ bersempena kempen Perlis Hebat Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di perkarangan Titi Gantung Stesen Penyelidikan FRIM Mata Ayer, semalam.

Program tersebut yang mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) juga sebagai memperingati  sambutan Hari Hutan Antarabangsa yang disambut pada 21 Mac setiap tahun.

Ia disambut bagi menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan perhutanan, pemeliharaan dan pemuliharaan untuk kesejahteraan dan kestabilan alam sekitar.

Sumber: UTUSAN

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE