Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Mohd Zuki kagum dengan sikap Raja Muda Perlis mengetepikan protokol dalam menyantuni rakyat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Mohd Zuki kagum dengan sikap Raja Muda Perlis mengetepikan protokol dalam menyantuni rakyat

Mohd Zuki kagum dengan sikap Raja Muda Perlis mengetepikan protokol dalam menyantuni rakyat

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 28 Mac 2022 08:47

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali kagum dan teruja dengan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail atas sikap yang merendah diri sentiasa menyantuni rakyat dikasihi dan meletakkan protokol ke tepi untuk melihat dan membantu sendiri keadaan masyarakat setempat.

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki juga menyeru agar pegawai tinggi dan pegawai kanan penjawat awam perlu sentiasa turun padang sepertimana yang dilakukan Tuanku Raja Muda Perlis sendiri untuk menghayati denyut nadi rakyat dan lebih banyak bercampur dengan masyarakat untuk memperkasakan komuniti.

“Penjawat awam bukan hanya bertugas di pejabat semata-mata untuk berbincang dan meluluskan projek pembangunan sahaja tetapi perlu lebih peka dengan melihat sendiri keadaan sebenar di lapangan serta perlu menghidupkan suasana selesa antara masyarakat dengan penjawat awam”, ucap beliau di akhir program ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf Khas’ di sekitar Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Seberang Ramai Kuala Perlis pada pagi tadi.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di atas segala inisiatif dan usaha menjayakan projek transformasi diraja tersebut bersama-sama pelbagai agensi, NGO, individu dan juga penduduk setempat.

Turut serta ialah Timbalan Ketua Setiausaha
Kanan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Rakon, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Dr Yusof Ismail dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM Datuk Mohammad Ismail.

Terdahulu daripada itu Tuanku Raja Muda
berkenan berangkat melepaskan seramai kira-kira 800 orang peserta ‘Fun Ride Sempena Dengan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perlis’ di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar.

Baginda turut berkenan menerima persembahan mock cek bagi mewakili Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis daripada K TWO Berjaya Resources (RM20,000), Yayasan Vantage Five (RM20,000) dan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) (RM10,000) untuk terus menjayakan projek di Kg Seberang Ramai tersebut.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE