Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Benarkan Solat Di Masjid, Surau Tanpa Terikat Status Vaksinasi n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Benarkan Solat Di Masjid, Surau Tanpa Terikat Status Vaksinasi

Perlis Benarkan Solat Di Masjid, Surau Tanpa Terikat Status Vaksinasi

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 22 Mac 2022 09:25

ARAU: Semua jemaah termasuk kanak-kanak tanpa terikat dengan status vaksinasi dibenarkan menunaikan solat atau menyertai aktiviti pengimarahan di masjid dan surau seluruh Perlis berkuat kuasa 1 April depan.

Prosedur operasi standard (SOP) terbaharu itu mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa penularan Covid-19 di Perlis serta mengambil kira peralihan ke fasa endemik di seluruh negara bermula 1 April seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri.

Selain itu, para jemaah juga dibenarkan merapatkan saf tanpa penjarakan fizikal.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bagaimanapun, pegawai bertugas dan jemaah kekal dilarang hadir ke masjid sekiranya termasuk dalam golongan berstatus individu dalam siasatan (PUI) dan pesakit dalam pematuhan (PUS) selain mereka yang memiliki risiko dijangkiti seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak dan selesema.

Titah baginda merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), SOP sedia ada turut dikekalkan.

“Pada setiap masa, selain waktu menunaikan solat sama ada ketika selesai solat, ketika mendengar kuliah dan sepanjang tempoh berada di dalam masjid, semua SOP keselamatan dan kesihatan hendaklah kekal dipatuhi.

“SOP berkenaan adalah seperti kekal melaksanakan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka pada setiap masa, melaksanakan rekod penjejakan sosial dengan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera atau mendaftar pada buku yang disediakan dan tidak dibenarkan sebarang kontak sentuhan fizikal seperti bersalaman,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, baginda bertitah, semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP kesihatan dan keselamatan yang berkuat kuasa.

“Aktiviti sosial lain seperti perkahwinan, jamuan, gotong-royong, majlis berbuka puasa, iktikaf dan sebagainya turut dibenarkan dengan tertakluk kepada SOP ditetapkan itu.“Semua masjid dan surau rasmi di seluruh negeri ini adalah tertakluk kepada arahan SOP ini.

“Sebagai langkah kawalan, kebenaran khas untuk solat Jumaat kepada surau institusi pendidikan masih diteruskan sehingga ke satu tempoh yang akan ditetapkan tertakluk kepada kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis,” titah baginda.

Seterusnya baginda bertitah, fasa endemik kelak merupakan satu permulaan baharu kepada semua untuk menempuh normalisasi pasca penularan Covid-19.

“Justeru, marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT, agar dipermudahkan segala urusan, serta dijauhkan daripada mara dan bahaya,” titah baginda. 

Sumber daripada Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE