Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Manfaatkan Medium Penyampaian Kesihatan Buah Pinggang – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Manfaatkan Medium Penyampaian Kesihatan Buah Pinggang – Raja Muda Perlis

Manfaatkan Medium Penyampaian Kesihatan Buah Pinggang – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 21 Mac 2022 13:44

Kangar – “Penyebaran maklumat berkaitan dengan kesihatan buah pinggang merupakan agenda penting. Medium penyampaian yang lebih berkesan perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana penemuan kajian mendapati wujudnya jurang pengetahuan terhadap penjagaan buah pinggang yang amat ketara. Perkara ini diterjemahkan melalui tabiat pemakanan yang kurang sihat, kecergasan fizikal yang terabai dan ditambah lagi dengan situasi COVID-19 yang membataskan pergerakan dan faktor lain,” titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

 

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menghadiri kempen “Perlis Hebat: Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama dalam Tindakan” yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) bagi memperingati Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada 10 Mac setiap tahun untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya buah pinggang kepada manusia.

Sementara itu, program ini disekalikan dengan majlis penyerahan sumbangan MAIPs berjumlah RM11 600 kepada sebanyak 29 orang asnaf terpilih yang masing-masing menerima RM400 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid Al-Mustaqim, Seriab, Kangar untuk diagihkan oleh amilnya, Rosli Yob bersempena dengan program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-5 bagi tahun 2022 semalam.



DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dalam majlis penyerahan sumbangan MAIPs kepada asnaf terpilih.

Dalam program tersebut juga, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Sirajuddin Hashim menyatakan bahawa tema sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia pada tahun ini ialah “Kesihatan Buah Pinggang untuk Semua: Merapatkan Jurang Pengetahuan untuk Penjagaan Buah Pinggang yang Lebih Baik”. Tema ini menekankan pentingnya pengetahuan penjagaan kesihatan buah pinggang dalam kalangan masyarakat agar buah pinggang sentiasa sihat dan dapat berfungsi dengan baik.

Menurut beliau, sebanyak 850 juta individu menghidap penyakit buah pinggang di seluruh dunia hingga kini. Penyakit buah pinggang yang kronik juga adalah penyebab kematian keenam paling pantas dengan 2.4 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia.

Tambah beliau lagi, jumlah pesakit buah pinggang yang kronik di Malaysia turut meningkat dengan angka sebanyak 42 503 orang pada tahun 2017 dan berlaku peningkatan sebanyak 7000 orang pesakit baharu setiap tahun. Pesakit yang menunggu pemindahan organ pula hampir mencecah 20 000 orang.

Turut mengiringi baginda dalam program tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua MAIPs, Dr. Haji Hazman Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Haji Mohd Noor.

Sumber daripada DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE