Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rejimen 504 Askar Wataniah Sedia Berjuang n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rejimen 504 Askar Wataniah Sedia Berjuang

Rejimen 504 Askar Wataniah Sedia Berjuang

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 17 Mac 2022 15:43

Bukit Keteri – Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak mengumumkan Rejimen 504 Askar Wataniah kini sudah bersiap sedia bagi menghadapi apa-apa juga arahan daripada pihak atasan, terutamanya dari aspek atur gerak anggota sukarela dalam operasi teras, operasi murni dan juga meneruskan kesinambungan operasi penawar.

 

Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat menyempurnakan perasmian “Wisma Bintara” Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, Perlis.

 

Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada malam semalam berkenan berangkat menyempurakan perasmian “Wisma Bintara” Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, Perlis, bersempena dengan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) bersama-sama rejimen.

Keberangkatan tiba Raja Muda Perlis selaku Komander disambut oleh Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak dan Pegawai Waran 1 Muhammad Aris Abdullah.

Ketika awal perasmian, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi berkata, “Rejimen 504 Askar Wataniah ini juga berada dalam ruang lingkup melatih anggota sukarela dalam latihan tempatan, latihan berterusan, latihan kem tahunan dan juga latihan afiliasi dengan pasukan setempat.”

Rejimen 504 Askar Wataniah sentiasa komited dan berpegang pada slogan “Latih untuk Perang”

Mengulas lebih lanjut dari aspek pentadbiran, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi berkata, “Rejimen ini akan meneruskan aktiviti rutin dan sedang membuat persiapan bagi menjadi tuan rumah Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri ke-33 yang bakal mengumpulkan semua komander dari seluruh negara dalam membincangkan hala tuju Rejimen Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia pada bulan Oktober 2022 kelak.”

“Pihak rejimen ini juga dalam proses mengemas kini segala peralatan dan perolehan aset baharu yang dijangka akan diperoleh pada tahun ini,” ujar sambil menegaskan bahawa rejimen sentiasa komited dan berpegang pada slogan “Latih untuk Perang”.

 

Sumber daripada Dewan Masyarakat : Jendela DBP

 



Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE