Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hayati Nilai Agama, Moral - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Hayati Nilai Agama, Moral - Raja Muda Perlis

Hayati Nilai Agama, Moral - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 17 April 2019 08:20

PADANG BESAR, 17 April 2019 (Rabu) - Raja Muda Perlis bertitah para pelajar hendaklah terus menghayati nilai agama dan moral sebagai pedoman di dalam kehidupan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelajar juga disarankan agar menggunakan peluang di usia yang muda untuk mula merencana kejayaan serta impian diri masing-masing dari awal-awal lagi kerana ingatlah bahawa belia hari ini merupakan aset terpenting dan tunggak kepimpinan negara pada masa yang akan datang.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin ketika berkenan berangkat merasmikan program ‘Titian Kasih Mega Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Jaafar Hassan yang diadakan di Dewan Seri Jerneh sekolah itu di Bukit Keteri, di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengetua, Wan Zaini Wan Saad beserta Ketua Penyelaras Bersama Program, Kapten Azuan Mohd Nasir dan Hakim Khan.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail dan Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), Datuk Johari Mohd Darus.

Program berslogankan “Perlis Hebat - Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan” ini adalah anjuran YTSP Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan.

Baginda yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis turut mengingatkan bahawa seseorang murid yang dimaksudkan ‘cemerlang’ itu haruslah memiliki nilai-nilai positif dalam diri yakni sahsiah diri yang unggul seperti berdisiplin, berdedikasi, mentaati ajaran agama, menghormati orang lain khususnya ibubapa serta guru dan bersopan-santun.

Keperibadian dan sahsiah yang baik ini akan menyebabkan seseorang itu disenangi, dipandang mulia serta tidak mudah meninggi diri ibarat mengikut “Resmi padi, makin tunduk, makin berisi” yang membawa maksud semakin kita berilmu, semakin tinggi pangkat, maka semakin kita merendah diri.

Bersempena kunjungan ke sekolah itu pada kali ini, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan merasmikan Taman Pendidikan Khas 1 ‘Laman Tok Paq Di Hati’ sekolah berkenaan.

Sebagai makluman awal, sekolah ini akan menganjurkan ‘Tok Paq Run’ sejauh 21 kilometer (KM, 10KM dan 5KM pada pada 29 Jun nanti dan yang berminat untuk mengambil bahagian boleh mendaftar di www.tokpaqrun.com sebelum 13 Jun.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE