Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Seru Anggota Wataniah Supaya Sentiasa Aktifkan Diri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Seru Anggota Wataniah Supaya Sentiasa Aktifkan Diri

Raja Muda Perlis Seru Anggota Wataniah Supaya Sentiasa Aktifkan Diri

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 14 Mac 2022 09:29

Setiap anggota Rejimen Askar Wataniah diseru supaya sentiasa meningkatkan keaktifan diri dalam menghadiri semua latihan dan aktiviti yang dirancang termasuk berusaha meningkatkan tahap kompetensi dan “S.K.A.” iaitu ‘Skill, Knowledge, Attitude’ masing-masing. Justeru, tindakan itu perlulah disertai dengan ikhlas dan jujur, dan bukan dengan bermain di bibir sahaja.

 

Demikian titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Pelancaran Latihan Askar Wataniah Tahun 2022’ yang diadakan di Kem Bukit Keteri pada pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Tuanku Komander rejimen yang berpegangkan slogan “Latih Untuk Perang” itu disambut oleh Panglima Briged Ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Zaki Abu dan Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak.

Tuanku Raja Muda menitahkan bahawa program tahunan tersebut merupakan usaha berterusan pihak rejimen dalam memastikan perkara rejimental dan penglibatan agensi awam sentiasa wujud dalam jaringan kolaborasi strategik dan mobilisasi. Dalam masa yang sama, segala ‘Key Performance Indicators (KPI)’ rejimen dapat dicapai termasuk melalui penglibatan dan kerjasama pihak awam. Ia juga hendaklah memberi impak maksima kepada semua pihak terutamanya kepada barisan para perwira, bintara dan satria rejimen tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berharap agar semua pihak berterusan menunjukkan komitmen yang tinggi dengan seberapa berdisplin yang boleh dalam memastikan kadar kepatuhan terhadap SOP dalam menangani Covid-19 terus diamalkan.

Besar harapan baginda juga agar semua pihak sentiasa memperbaharui azam agar Perlis dan Malaysia tercinta ini sentiasa dalam keadaan aman dan makmur hendaknya.




 

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE