Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Titah Rakyat Supaya Menjaga Kesihatan Buah Pinggang n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Titah Rakyat Supaya Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

Raja Muda Perlis Titah Rakyat Supaya Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 14 Mac 2022 09:07

Titik beratkan ‘8 Golden Rules untuk penjagaan buah pinggang’ dengan :-

1. Sentiasa mengamalkan gaya hidup yang aktif,
2. Sentiasa memantau tahap gula di dalam darah,
3. Sentiasa memantau tekanan darah,
4. Makan secara sihat dan pantau berat badan anda,
5. Kekalkan pengambilan air yang cukup,
6. Jangan merokok,
7. Jangan ambil ubat-ubatan yang tiada kelulusan KKM; dan
8. Periksa tahap kesihatan buah pinggang dengan mengunjungi klinik-klinik kesihatan secara berkala.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      Demikian titah nasihat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena kempen ‘Perlis Hebat ; Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bagi memperingati ‘Hari Buah Pinggang Sedunia’ yang disambut pada 10 Mac setiap tahun.

Program tersebut kali ini disekalikan dengan ‘Kayuhan MAIPs Peduli kali ke 19 bagi tahun 2022 khas bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis’. Seramai tiga asnaf terpilih disantuni oleh Tuanku Raja Muda di rumah masing-masing iaitu Halila Kamaruddin, Ramli Senapi dan Hat Seman bagi menyampaikan agihan zakat MAIPs.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa hari peringatan tersebut diadakan saban tahun bagi memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya buah pinggang kepada manusia. Sambutan pada tahun ini bertemakan Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua atau Kidney Health for All: Bridge the knowledge gap to better kidney care”.

Menurut beliau, sementara menunggu giliran pemindahan organ, penghidap terpaksa melakukan dialisis yang memakan belanja sebanyak RM250 sehingga RM280 bagi setiap kali dialisis dilakukan di pusat haemodialisis milik persendirian dan harga yang lebih rendah boleh didapati di pusat haemodialisis yang diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kos keseluruhan rawatan buah pinggang bagi seseorang individu turut membebankan mereka kerana ia boleh mencecah angka hampir RM40,000 untuk tempoh masa setahun.

Jelas Sirajuddin lagi, ‘Di Negeri Perlis sahaja, terdapat 4 buah pusat dialisis swasta yang merawat seramai 180 orang pesakit. Manakala di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dalam bangunan wakaf yang disumbangkan melalui MAIPs, seramai 96 orang pesakit sedang dirawat dengan dialisis buah pinggang. Dalam masa yang sama terdapat seramai 51 orang yang menunggu untuk mendapatkan slot dialisis sepanjang tempoh bermula April 2020 sehingga Februari 2022. Jumlah ini semakin bertambah pada kadar 18 – 20 % setahun. Sementara menunggu giliran, 17 orang atau 31% meninggal akibat komplikasi penyakit buah pinggang, selebihnya 34 orang berjaya dimasukkan secara berperingkat. Hal ini amat membimbangkan dan perlu dibendung dan seboleh–bolehnya dicegah di peringkat awal lagi’.

Sempena program tersebut juga Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan singgah merasmikan Dataran Sekolah Kebangsaan Panggau dan menanam pokok di laman tersebut.

 

Sumber daripada Suara Merdeka

                           

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE