Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs urus zakat secara formal sejak sedekad lalu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs urus zakat secara formal sejak sedekad lalu

MAIPs urus zakat secara formal sejak sedekad lalu

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 10 Mac 2022 11:39

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menjadi agensi yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan zakat secara formal sejak seabad yang lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata perkara berkaitan pengurusan zakat hanya mula dibincangkan secara terperinci dalam minit mesyuarat ‘Perlis State Council’ pada 1 Mac 1920 yang dipengerusikan oleh Raja Perlis keempat, Almarhum Tuanku Syed Alwi Jamalullail.

‘MAIPs diamanahkan dengan tugas tersebut apabila Almarhum Tuanku Syed Alwi memutuskan tanggungjawab menyediakan dan mengedarkan notis mengenai kewajiban membayar zakat kepada rakyat beragama Islam di Perlis diserahkan kepada “Kathi”.

Demikian dikongsikan oleh beliau sempena program penyerahan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al-Aziz, Kampung Tok Kaya baru-baru ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat menyerahkan sumbangan RM700 setiap seorang tersebut untuk diagihkan oleh amilnya, Mohamad Rosidi Yahaya.

Menurut Mohd Nazim, ‘Selain daripada kutipan zakat, MAIPs juga mempunyai beberapa peranan lain yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu seperti fatwa, pendidikan Islam dan lain-lain lagi.

Mengulas mengenai penubuhan MAIPs, beliau menyatakan bahawa kemungkinan cadangan awal telah dikemukakan pada sekitar tahun 1920 berdasarkan minit-minit mesyuarat ‘Perlis State Council’ dari tahun 1919 hingga 1922.

“Penggubalan ‘The Muhammadan Marriages (Separation) Amendment Enactment No.14’ berkenaan pendaftaran nikah, cerai dan rujuk yang diluluskan pada 12 September 1919 dan pewartaan Shariah Court Enactment No.5 pada 24 Februari 1922 dilihat sebagai asas kepada penubuhan MAIPs”.

Selain daripada bergiat aktif dalam mengedarkan maklumat tentang kewajiban membayar zakat, agensi tersebut juga mengambil pelbagai inisiatif untuk mengenalpasti dan mengagihkan bantuan zakat kepada mereka yang memerlukan.

Antaranya ialah program kayuhan MAIPs Peduli iaitu kayuhan berbasikal bersama Tuanku Yang di-Pertua agensi tersebut, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, dalam menyantuni dan menyampaikan sumbangan golongan asnaf.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE