Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ribut: Lima beranak nyaris ditimpa malang n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ribut: Lima beranak nyaris ditimpa malang

Ribut: Lima beranak nyaris ditimpa malang

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 26 Februari 2022 07:45

LIMA beranak bernasib baik dan tidak ditimpa malang apabila bumbung rumah yang diduduki diterbangkan angin ribut pada kira-kira pukul 3.30 petang semalam di Kampung Sena, Chuping, Perlis.

BEGINILAH keadaan bumbung rumah yang diduduki abang Nur Rahazela Rohim terpelahang akibat diterbangkan angin.

Mat Saad Husin, 37, berkata, kebetulan pagi semalam isterinya membawa keempat-empat anak mereka ke rumah ibu mertuanya yang tinggal berdekatan situ.

Katanya, semasa kejadian memang rumah kosong kerana dia pula masih ditempat kerja.

“Alhamdulillah sebab biasanya kawasan bahagian bumbung yang diterbangkan angin itu memang tempat kesukaan anak-anak bermain,” katanya yang bekerja sebagai pekerja pembersihan.

Keadaan bumbung rumah Mat Saad yang diterbangkan angin ribut di Kampung Sena Chuping, Perlis, petang semalam.

Mat Saad berkata, jiran menelefon memberitahu bumbung rumahnya diterbangkan ribut memang mengejutkan kerana pertama kali melalui pengalaman yang menyedihkan ini.

Tangga menjadi laluan air hujan apabila bumbung rumah yang diduduki abang Nor Rahazela Rohim di Kampung Sena, Chuping, Perlis diterbangkan angin petang semalam.

Sementara itu, Nor Rahazela Rohim, 35, berkata, semasa kejadian abangnya Mohd. Rohaizad, 40, seorang diri di rumah kerana menjalani kuarantin.

“Sebelum ini abang tinggal berdua dengan ibu,” katanya yang tinggal bersebelahan rumah ibunya di Kampung Sena, Chuping.

Bagaimanapun katanya, buat sementara waktu ibunya akan tinggal dengan beliau sehingga tempoh kuarantin abangnya tamat.

Nor Rahazela berkata, abangnya kini terpaksa membersihkan rumah bersendirian dan tambahan pula hujan masih berterusan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, pihaknya telah menghulurkan bantuan segera untuk mangsa terbabit dalam kejadian angin ribut yang melanda negeri ini.

Katanya, ia melibatkan tujuh rumah iaitu satu di Bintong dan Kuala Perlis, tiga di Simpang Empat dan dua lagi di Chuping.

Katanya, ia melibatkan empat rumah yang terbabit pada kejadian angin ribut petang semalam manakala tiga lagi pada dua hari lepas.

Jelasnya, maklumat kerugian setiap mangsa sedang dianalisa sebelum dapat disalurkan bantuan selanjutnya.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE