Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Bangunan Canselori UniMAP Perlu Berkonsepkan Mesra Pelanggan - Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Bangunan Canselori UniMAP Perlu Berkonsepkan Mesra Pelanggan - Raja Perlis

Bangunan Canselori UniMAP Perlu Berkonsepkan Mesra Pelanggan - Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 25 Februari 2022 15:56

ARAU, 24 Februari - Semua warga Universiti Malaysia Perlis diingatkan supaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh termasuk pelajar, pihak industri dan komuniti.



Ini penting kerana kekuatan sesebuah organisasi bukan terletak pada kekuatan individu tetapi hasil gabungan kerjasama pelbagai pihak dari pelbagai peringkat usia, pangkat dan pendidikan.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah apabila sesebuah pusat pentadbiran berada dalam satu bangunan atau secara berpusat, ianya menjadi penanda aras bagi mengembalikan kegemilangan UniMAP.

Bangunan baharu Canselori ini mempunyai aura tersendiri untuk menarik minat orang luar mendekati UniMAP serta menjadi mercu tanda kegemilangan UniMAP melalui pelbagai pendekatan.

"Walaupun kedudukannya jauh di atas bukit, jangan biarkan ia terasing. Bangunan ini sepatutnya boleh diakses oleh orang ramai termasuk staf, pelajar dan masyarakat tanpa melanggar hak dan undang-undang bangunan. Ia harus berkonsep mesra pelanggan agar para pengunjung berasa dekat dengan pengurusan tertinggi UniMAP."

"Pihak UniMAP harus melaksanakan aktiviti berkala bersama komuniti agar dapat memberi peluang kepada mereka untuk berada dekat dengan UniMAP," titah baginda pada Majlis Pemasyhuran Canselori Tuanku Syed Sirajuddin Universiti Malaysia Perlis di Kampus Pauh Putra, di sini.


(Pemasyhuran Bangunan Canselori UniMAP oleh Raja Perlis)

 

Bangunan yang mula dibina pada 15 Ogos 2016 ini siap sepenuhnya pada Disember 2019.

Selain pemasyhuran canselori berkenaan, Tuanku Syed Sirajuddin turut merasmikan Galeri Universiti sebagai nilai tambah kepada Canselori Tuanku Syed Sirajuddin.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

Sumber daripada RTM Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE