Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Wanita Pendukung Generasi Muda yang Kompeten n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Wanita Pendukung Generasi Muda yang Kompeten

Wanita Pendukung Generasi Muda yang Kompeten

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 24 Februari 2022 09:31

Kangar – Bertemakan Peranan Wanita dalam Peningkatan Kualiti Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGKPs) dengan kerjasama Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), pada pagi ini mengadakan Webinar Women in Search of Excellence (WISE) siri kali keenam secara dalam talian.

 

 

Ketika berkenan menyempurnakan perasmian majlis ini, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa peranan kaum wanita adalah sangat penting seiring dengan kaum lelaki dalam membentuk warganegara dan generasi yang sihat, kompeten dan berkebolehan dalam pelbagai aspek, khususnya bidang pendidikan.

“Dalam konteks wanita sebagai ibu, dapat dilihat bahawa generasi yang terbentuk menerima pengaruh yang berkesan daripada didikan dan sentuhan kasih sayang ibu. Rata-rata pelajar menyatakan bahawa peranan dan tunjuk ajar daripada seorang ibu telah menjadi alat yang ampuh dan berkesan dalam mencapai kejayaan.”

Titah demikian dizahirkan baginda dalam menyokong dan memartabatkan kaum wanita dengan mempergiat pelbagai program bagi membantu diri mereka memperoleh ilmu yang bukan sahaja bermanfaat untuk meraih kejayaan, tetapi berguna kepada orang lain.

“Banyak cara yang dapat dilakukan untuk mencari pengalaman, misalnya membaca, mendengar pengalaman orang yang berjaya, menonton video atau melakukan perkara yang seseorang itu suka dan belajar dari titik permulaan sehinggalah benar-benar mahir dalam sesuatu bidang tersebut,” titah baginda yang merangkap Penasihat DiRaja YTF ketika mengakhiri ucapannya.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah.

Terdahulu, ahli panel yang turut diundang untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan berkaitan dengan tema majlis ini ialah Ketua Jabatan Pusat Sains Liberal Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Sharmini Abdullah; Mantan Guru Cemerlang Gred Khas C, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Perlis, Datin Noridah Yangman; dan Mantan Pegawai SISC+ Gred Khas C Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Hajah Zalina Ahmad.

Sementara itu, Pensyarah di IPGKPs, Dr. Naziroh Ibrahim pula menjadi moderator slot “Ulasan Akademik” yang istimewa melibatkan perkongsian mengenai sistem pendidikan di 11 buah negara lain di dunia.

Sumber Daripada Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE