Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis ingatkan peri buruknya korupsi, salah guna kuasa

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Perlis ingatkan peri buruknya korupsi, salah guna kuasa

Raja Perlis ingatkan peri buruknya korupsi, salah guna kuasa

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 21 Februari 2022 21:46

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitahkan bahawa sejarah telah membuktikan berulang kali bahawa korupsi dan salahguna kuasa telah meruntuhkan banyak tamadun dan negara di dunia.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Razarudin Husain di Balai Menghdap Biru, Istana Arau tengahari tadi.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Acryl Sani yang diiringi Ketua Polis Perlis, DCP Datuk Surina Saad dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran)) SAC Kamaruzaman Abdullah mempersembah maklumkan kepada baginda perkembangan terkini pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menangani jenayah dan keselamatan awam khususnya yang melibatkan negeri Perlis.

Selesai majlis berkenaan Ketua Polis Negara dan Timbalan beliau singgah melawat Galeri DiRaja Arau.

 

 

 

Sumber: Suara Merdeka 

Please publish modules in offcanvas position.