Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 204 Peserta Sertai Kejohanan Sirkit Woodball Kebangsaan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
204 Peserta Sertai Kejohanan Sirkit Woodball Kebangsaan

204 Peserta Sertai Kejohanan Sirkit Woodball Kebangsaan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 21 Februari 2022 21:44

Kuala Lumpur – Sebanyak 204 orang daripada 17 buah kelab dan persatuan woodball menyertai Kejohanan Sirkit Woodball Kebangsaan kali ke-16 anjuran Persatuan Woodball Malaysia (MWA) yang diadakan di Laman Woodball Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur bermula pada 17 Februari 2022 hingga hari ini.

Kontinjen Perlis yang membariskan 88 orang peserta, sekali gus tersenarai antara negeri yang menghantar jumlah penyertaan yang banyak untuk mewakili pasukan kebangsaan dalam banyak kategori yang dipertandingkan.

“Kontinjen Perlis dianggotai pemain Woodball dari Persatuan Woodball Negeri Perlis sendiri, seterusnya Universiti Malaysia Perlis (Universiti Malaysia Perlis UniMAP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, Rekreasi Pejabat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis (PERALIS), Kelab Titan Perlis dan Kelab Sukan Rekreasi & Kebajikan (KESUREK) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).”

“Semua atlet Perlis diharap agar memberikan komitmen yang terbaik bagi mengharumkan nama negeri.” – Raja Muda Perlis.

Demikianlah titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, merangkap Penaung DiRaja Persatuan Woodball Negeri Perlis yang berkenan meluangkan masa berangkat memberikan sokongan moral kepada kontinjen “Perlis Woodpeckers” pada petang semalam.

Selain itu, baginda turut mengingatkan semua atlet Perlis supaya memberikan komitmen yang terbaik untuk mengharumkan nama negeri, menjaga disiplin dan pada masa yang sama mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan oleh penganjur.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda disambut oleh Presiden Persatuan Woodball Malaysia, Elaine Tan dan Ruhisha Haris yang bertindak selaku Chef De Mission kontinjen Perlis.

Sementara itu, negeri lain juga turut menghantar kontinjen bagi menyertai kejohanan ini, antaranya termasuklah Terengganu (48 peserta), Perak (8 peserta), Pulau Pinang (8 peserta) dan Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya (60 peserta).

Kejohanan ini dilaksanakan secara liga dengan kiraan mata tertinggi dan akan melibatkan pemain yang bermain di tiga buah lokasi, iaitu Kuala Lumpur pada kali ini, Terengganu pada bulan Jun atau Julai dan siri penutup tirai di Perlis sama ada pada bulan Oktober atau November yang akan datang.

Sumber: Buletin Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE