Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 17 Kelab Sertai Sirkit Kebangsaan Woodball n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
17 Kelab Sertai Sirkit Kebangsaan Woodball

17 Kelab Sertai Sirkit Kebangsaan Woodball

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 21 Februari 2022 10:50

Kejohanan Sirkit Woodball Kebangsaan Kali Yang Ke-16 anjuran Persatuan Woodball Malaysia (MWA) telah berlangsung bermula pada 17 Februari 2022 hingga 20 Februari 2022 di Laman Woodball Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur.

Kejohanan pada kali ini yang merupakan pertama peringkat kebangaaan dilaksanakan sejak pandemik Covid-19 melanda dunia telah disertai oleh 17 buah kelab dan persatuan woodball di negara ini dengan jumlah penyertaan seramai 204 orang.

Terengganu menghantar 48 pemain, Perak 8, Pulau Pinang 8 dan Selangor/ KL/ Putrajaya seramai 60 peserta. Perlis yang membariskan beberapa orang pemain yang pernah mewakili pasukan kebangsaan menghantar penyertaan terbesar iaitu seramai 88 orang peserta dan pada waktu lapuran dibuat semalam sedang mendahului pasukan-pasukan lain dalam banyak kategori yang dipertandingkan.

Antara pasukan-pasukan dari Perlis yang mengambil bahagian adalah Persatuan Woodball Negeri Perlis sendiri, UniMAP, UiTM Perlis, PERALIS Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis, Titan dan KESUREK HTF. Lima peserta lelaki dan tiga perempuan lagi mengambil bahagian bagi kategori ‘Remaja’.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Penaung DiRaja Persatuan Woodball Negeri Perlis telah berkenan meluangkan masa berangkat memberikan sokongan moral kepada kontinjen ‘Perlis Woodpeckers’ pada petang semalam.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda disambut oleh Presiden Persatuan Woodball Malaysia, Elaine Tan dan Ruhisha Haris yang bertindak selaku Chef De Mission kontinjen Perlis.

Kejohanan kali ini dilaksanakan secara liga dengan kiraan mata tertinggi dan akan melibatkan pemain bermain di tiga buah lokasi iaitu Kuala Lumpur pada kali ini, Terengganu pada Jun atau Julai dan siri penutup tirai di Perlis samada Oktober atau November yang akan datang nanti.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE