Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Portal Halal Ria Menjadi Pusat Sehenti Usahawan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Portal Halal Ria Menjadi Pusat Sehenti Usahawan

Portal Halal Ria Menjadi Pusat Sehenti Usahawan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 21 Februari 2022 10:43

Arau – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan perasmian Malaysia Halal Marketplace 2022 anjuran YKS, Bahagian Perancang Ekonomi negeri Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Kecemerlangan UniMAP.

 

Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) membangunkan portal keahlian, pengiklanan dan perniagaan islam Halal Ria kerana platform digital amat penting dalam perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan menjadi pemudah cara urusan perniagaan setempat dan antarabangsa.

Baginda bertitah bahawa portal Halal Ria merupakan pusat sehenti, menyediakan pelbagai aplikasi bagi memudahkan pendaftaran perniagaan, padanan perniagaan, tawaran diskaun dan saluran pengiklanan tempatan  dan antarabangsa yang dikendalikan secara dalam talian dengan lebih baik. “Sumbangan PKS penting terhadap ekonomi negeri dan menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai. Beta berharap agar proses keberhasilan ekonomi digital dalam kalangan peniaga dapat diperkasakan,” titah baginda.

Titah baginda lagi, portal itu juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mesra peniaga, usahawan dan profesional bagi meningkatkan daya saing industri dan memacu pertumbuhan ekonomi. “Beta berharap agar usahawan kecil dan sederhana memanfaatkan peluang ini dan mendaftar untuk memajukan perniagaan masing-masing melalui portal Halal Ria,” titah baginda.

Pengarah YKS, Encik Amirul Shakirin Amar berkata objektif pelancaran portal adalah untuk menyediakan pasaran dalam talian halal terkemuka kepada usahawan dan masyarakat di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah. “Kita juga dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan halal kepada pengguna Islam dan bukan Islam,” katanya.

Platform e-dagang halal itu merupakan satu ekosistem halal yang merangkumi produk makanan halal, perjalanan halal, fesyen, pelancongan mesra muslim, kosmetik halal, farmasi halal dan produk pengguna.

Sumber daripada Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE