Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Portal Halal Ria Jadi Pusat Sehenti Mudahkan Urusan Peniaga n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Portal Halal Ria Jadi Pusat Sehenti Mudahkan Urusan Peniaga

Portal Halal Ria Jadi Pusat Sehenti Mudahkan Urusan Peniaga

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 21 Februari 2022 10:13

Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) membangunkan Portal Keahlian, Pengiklanan dan Perniagaan Islam Halal Ria kerana platform digital amat penting dalam perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan menjadi pemudah cara urusan perniagaan setempat, serantau dan antarabangsa.

 

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ‘Portal Halal Ria’ sebagai pusat sehenti, menyediakan pelbagai aplikasi bagi memudahkan pendaftaran perniagaan, padanan perniagaan, tawaran diskaun dan saluran pengiklanan setempat, serantau dan antarabangsa, secara dalam talian dengan lebih baik.

“Sumbangan PKS penting terhadap ekonomi negeri dan menyediakan peluang pekerjaan untuk orang ramai. Beta berharap proses keberhasilan ekonomi digital dalam kalangan peniaga dapat diperkasakan,” titah baginda ketika perasmian ‘Malaysia Halal Marketplace’ 2022 anjuran YKS, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis Dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)di Dewan Kecemerlangan UniMAP di Arau, semalam.

Titah baginda portal juga bertujuan wujudkan persekitaran yang lebih mesra peniaga, ramah usahawan dan professional, bagi meningkatkan daya saing industri serta memacu pertumbuhan ekonomi.

“Beta harap usahawan kecil dan sederhana memanfaatkan peluang ini dan mendaftar untuk memajukan perniagaan masing-masing, melalui Portal Halal Ria,” titah baginda.

Sementara itu Pengarah YKS Amirul Shakirin Amar berkata objektif pelancaran portal adalah untuk menyediakan pasaran dalam talian halal terkemuka untuk penjual dan pembeli di Negara Asia Tenggara dan Negara Timur Tengah.

“Kita juga dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan halal kepada pengguna Islam dan bukan Islam,” katanya.

Sasaran platform e-dagang Halal adalah satu ekosistem halal yang merangkumi makanan halal, perjalanan halal, fesyen ‘Modest’, pelancongan mesra muslim, kosmetik halal, farmasi halal dan produk pengguna.





 

Sumber daripada BERNAMA

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE