Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Lahirkan modal insan kompeten, cemerlang – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Lahirkan modal insan kompeten, cemerlang – Raja Muda Perlis

Lahirkan modal insan kompeten, cemerlang – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 13 Februari 2022 20:03

Usaha melahirkan modal insan cemerlang dan kompeten merupakan aspek yang amat penting, terutamanya golongan remaja kerana mereka inilah merupakan tonggak kepimpinan pembangunan negara suatu masa nanti. Dalam konteks ini, modal insan yang cemerlang memerlukan ciri-ciri murni, iaitu berintelek, berakhlak mulia, kreatif dan kritis, sihat serta memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.

Justeru itulah, semua pihak terlibat di perlu bersama-sama tampil merancang tindakan-tindakan yang efektif dalam melahirkan insan cemerlang dalam kalangan rakyat negeri ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat merasmikan projek peningkatan sosio ekonomi usahawan asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berupa perniagaan membalut kerusi semua jenis kenderaan di ‘Naim Cushion Design’ dekat Kangar.

Keberangkatan baginda ialah sempena program MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Kali ke-11 bagi tahun 2022 ini. Pelepasan disempurnakan oleh Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan singgah di tiga buah rumah milik asnaf terpilih bagi menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Raja Muda juga amat berharap agar seluruh rakyat akan terus berusaha, cekal dan tabah dalam mengharungi ketidaktentuan dunia hari ini akibat Covid-19 yang turut memberi kesan terhadap dunia Pendidikan serta memastikan anak-anak bangsa kita tidak ketinggalan dalam memperolehi ilmu pengetahuan.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.