Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Transformasi Sektor Pertanian

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Transformasi Sektor Pertanian

Transformasi Sektor Pertanian

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 23 Januari 2022 19:47

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, hari ini berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM11 200 kepada 28 orang asnaf yang terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Amin Sempering. Program ini dianjurkan bersempena dengan “Hijrah Minda MAIPs Bilangan Pertama bagi Tahun 2022”. Menerusi program ini, setiap seorang daripada asnaf yang terpilih akan menerima sumbangan sebanyak RM400 yang akan diagihkan oleh amilnya, Encik Senawi Saad.

Ketika bertitah, Raja Muda Perlis turut mengingatkan agar sektor pertanian terus ditransformasikan, dimantapkan serta dipertingkat tahap daya tahan, juga harus kekal berdaya saing.

Tambah baginda, skala pertanian bersifat “cukup makan” sahaja tidak lagi mencukupi dan perlulah diubah menjadi skala pertanian yang bercorak komersial, iaitu yang dapat menjamin pulangan yang lebih tinggi kepada petani yang terbabit.

“Peningkatan tahap produktiviti di semua sektor, kegiatan penyelidikan berkaitan dengan kaedah pengurusan pertanian yang baik serta penggunaan alat jentera termaju di ladang hendaklah diberikan perhatian yang serius ke arah mewujudkan sistem perladangan persis atau ‘precision farming’,” titah baginda.

Melalui kaedah ini, semua pihak bukan sahaja dapat mengurangkan kos pengeluaran pertanian, tetapi yang lebih penting dapat meningkatkan pendapatan para petani, penternak dan juga nelayan.

Raja Muda Perlis berkenan menyantuni asnaf di kediaman Moi Fittriani Mursal.

“Lihatlah bagaimana negara jiran kita, Thailand dapat menukarkan tanah mereka yang tidak diusahakan menjadi tanah yang lebih subur dan produktif,” titah baginda.

Terdahulu, baginda turut berkenan singgah menyantuni rumah asnaf, Moi Fittriani Mursal, berusia 52 tahun yang baru sahaja kehilangan suami yang meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Beliau yang merupakan penerima Bantuan Fitrah MAIPs tinggal bersama-sama  dua orang anaknya yang masih bersekolah.

Sumber: Buletin JendelaDBP

Please publish modules in offcanvas position.