Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Roslin terus gigih cipta mesin bantu peniaga n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Roslin terus gigih cipta mesin bantu peniaga

Roslin terus gigih cipta mesin bantu peniaga

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Januari 2022 08:30

Roslin Musa yang berusia 53 tahun adalah merupakan anak jati kelahiran Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis yang cukup terkenal di kalangan penjual laksa beras di Kuala Perlis kerana kehebatan beliau mencipta Mesin Pembuat Laksa dan Mesin Pembuat Kutu Mayang atau juga dipanggil putu mayam atau putu mayong oleh sesetengah orang.

Roslin menggunakan ruang di kawasan rumah beliau untuk membuat mesin laksa dan kutu. 15 buah Mesin Laksa dan 8 Mesin Kutu Mayang telah dibuat oleh beliau berdasarkan permintaan daripada para pelanggan.

Roslin memiliki 20 tahun pengalaman dalam pembuatan mesin ini dan sentiasa bersedia untuk membantu para peniaga yang memerlukan khidmat beliau.

Demikian dipersembah maklum kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika baginda berkenan berangkat singgah merasmikan kedai masakan kutu mayang kuah laksa yang diusahakan oleh Rosilawati Yaakob di 66 Kg Seberang Alor, Kuala Perlis sempena program MAIPs Peduli Bilangan Ke-2 bagi tahun 2022 baru-baru ini.

Rosilawati menerima sumbangan RM3,500 dalam bentuk peralatan iaitu mesin membuat kutu mayang pada Disember 2021 yang lalu sebagai salah sebuah projek usahawan yang menerima peruntukan sumbangan sosio-ekonomi asnaf daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Terdahulu daripada itu Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah Masjid Abu Bakar As Siddiq, Kampung Seberang Ramai melalui amilnya Jasni Jonid. Masing-masing menerima RM700.

Sempena program tersebut juga baginda turut berkenan menyantuni dan menyerahkan agihan zakat MAIPs kepada Yaakob Ahmad 86, Ismail Sulaiman 79 dan Zainol Ismail 61. Masing-masing menerima RM700, Kit MAIPs Peduli berisi bahan makanan mentah, beras dari MAIPs serta pelitup separuh muka dan tisu basah daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE