Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sokong Usaha Program Penghijauan Malaysia – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Sokong Usaha Program Penghijauan Malaysia – Raja Muda Perlis

Sokong Usaha Program Penghijauan Malaysia – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 13 Januari 2022 12:06

Kuala Perlis – Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan simbolik penanaman 54 batang pokok di Kampung Seberang Jaya, petang semalam.


DYTM Raja Muda Perlis berkenan menyempurnakan simbolik penanaman 54 batang pokok di Kampung Seberang Jaya.

Pokok-pokok yang disumbangkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis diharapkan dapat membantu bertindak sebagai penampan atau pemecah angin bagi mengurangkan kesan langsung kepada kawasan perumahan jika berlaku angin kencang di kampung tersebut.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Ag. Shaffie Ag. Ahmadni yang hadir dalam majlis perasmian tersebut berkata, “Sebanyak 54 batang pokok dipilih bersempena dengan usia DYTM Tuanku Raja Muda Perlis yang baru sahaja menyambut hari ulang tahun yang ke-54 pada 30 Disember 2021 lalu.”

Menurut Ag. Shaffie, pelaksanaan penanaman pokok pada kali ini merupakan sebahagian daripada Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Kempen ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak akan pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambah baik ekosistem dan biodiversiti negara ini.

“Marilah kita bersama-sama menyokong usaha Program Penghijauan Malaysia dengan membudayakan amalan menanam pokok untuk kehidupan yang lebih sejahtera bagi generasi kini dan akan datang sesuai dengan slogannya “Pokok Kita, Kehidupan Kita,” titah baginda.

Kampung Seberang Jaya adalah satu daripada kampung yang terlibat dengan Program Transformasi Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis yang dilaksanakan bersama-sama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis dengan kerjasama pelbagai agensi, pasukan keselamatan, institut pengajian tinggi, dan pihak swasta.

Sumber daripada Jendela DBP

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE