Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Terima Sumbangan Zakat Perniagaan Lebih RM160,000 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

MAIPs Terima Sumbangan Zakat Perniagaan Lebih RM160,000

/ Archive MAIPs / Jumaat, 27 Mei 2016 21:28

KANGAR 27 Mei 2016 (JUMAAT) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini menerima wang zakat perniagaan berjumlah lebih RM160,000 daripada RHB Islamic Bank Bhd (RHB Islamic) dan syarikat telekomunikasi, Celcom Mobile Sdn Bhd (Celcom). 

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic, Ibrahim Hassan menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM150,000.00 sementara Pengarah Perhubungan Kerajaan Celcom, Saiful Bahrin Abdul Ghaffar menyampaikan zakat berjumlah RM 14,435 kepada MAIPs.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan menerima pemberian zakat berkenaan selepas solat Jumaat di Masjid Tuanku Syed Putra, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia Negeri, Khairi Hassan dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Haji Mohd Noor.

Pada majlis itu, Raja Muda seterusnya berkenan mengagihkan sumbangan wang bantuan khas daripada Celcom kepada tiga pusat pengajian tahfiz al-Quran di negeri ini. Pusat pengajian tahfiz berkenaan ialah Maahad Tahfiz Darul Sunnah, Maahad Tahfiz Al-Hikmah dan Maahad Tahfiz Al-Barakah dengan masing-masing menerima bantuan sebanyak RM11,720. 

Baginda turut menyampaikan sumbangan khas sebanyak RM8,440 daripada Baitulmal Negeri kepada 12 asnaf dengan setiap penerima diberi antara RM450 hingga RM2,000. Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE