Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Lancar Program Semarak Jawi Dan Majalah Dalam Kelas DBP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Lancar Program Semarak Jawi Dan Majalah Dalam Kelas DBP

/ Archive MAIPs / Jumaat, 06 Mei 2016 21:28

KANGAR, 6 Mei 2016 (JUMAAT) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran Program Semarak Jawi dan Pelancaran Program Majalah Dalam Kelas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Masjid Alwi di sini, hari ini. Keberangkatan baginda yang juga Yang DiPertua MAIPs disambut oleh Mufti Negeri Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim bin Mohd Noor.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBP Abdul Adzis Abas dan Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Izmi Ismail. Program yang dianjurkan sempena Perkampungan Sunnah Siri Ketiga ini membabitkan penyertaan 240 guru dari seluruh Perlis dalam Program Semarak Jawi Bersama Guru, Program Majalah Dalam Kelas Sekolah Menengah dan Program Majalah Dalam Kelas Sekolah Rendah.

Dalam majlis yang sama, DBP turut menyumbangkan koleksi buku-buku penerbitannya kepada lima sekolah menengah dan lima sekolah rendah terpilih antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Perempuan Alawiyah Kangar, SMK Agama Arau, Sekolah Menengah Agama Al-Maad, Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah), Maahad Tarbiyah Islamiah Tunjong, Sekolah Rendah Islam 1, Sekolah Rendah Islam 2, Sekolah Rendah Islam 3, Sekolah Agama Al-Islahiyah Rendah dan Sekolah Rendah Tarbiyah Islamiah.

Sumbangan buku penerbitan itu adalah bersempena 'Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke-10 bagi tahun 2016' yang menjadi salah satu aktiviti Perkampungan Sunnah Siri 3 anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis yang bermula hari ini hingga Ahad.

Terdahulu, Raja Muda berkenan mengagihkan zakat MAIPs kepada 30 asnaf terpilih sebelum berangkat meninjau gerai-gerai jualan di sekitar masjid. 


Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE