Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis nasihat masyarakat jaga kesihatan mata n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis nasihat masyarakat jaga kesihatan mata

Raja Muda Perlis nasihat masyarakat jaga kesihatan mata

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 19 Oktober 2021 09:36

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat menjaga kesihatan mata bagi mengelak sebarang gangguan seperti masalah penglihatan dan buta.

Titah baginda, sebarang gangguan penglihatan memberi kesan dan impak yang besar kepada semua aspek kehidupan.

“Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan mata masing-masing bagi mengelak sebarang gangguan terhadap kesihatan mata,” titah baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian bersempena kempen Perlis hebat rakyat bermentaliti kelas pertama dalam tindakan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi meraikan hari penglihatan sedunia.

Berdasarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tema sambutan pada 14 Oktober itu adalah ‘cintai matamu’ yang menekankan kepentingan kesedaran tentang penjagaan penglihatan dan kesihatan mata.

Aktiviti tersebut turut disekalikan dengan penyerahan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Pengerusi Jawatankuasa kariah Masjid Al Mukminin, Kampung Kota Kayang, Amran Anjang Mat Desa di pekarangan Masjid Terapung Al Hussain Kuala Perlis. 

Bantuan berjumlah RM21,000 itu diagihkan kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan dengan masing-masing menerima RM700.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim memaklumkan. menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekurang-kurangnya satu bilion individu di seluruh dunia mengalami gangguan penglihatan jarak dekat atau jauh yang dapat dicegah atau boleh ditangani. 

“Gangguan penglihatan melibatkan semua peringkat umur, dengan majoriti adalah mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas. Di Malaysia, penyakit kanta mata atau katarak merupakan penyebab utama buta diikuti oleh komplikasi akibat penyakit diabetes. 

“Antara penyebab lain adalah keadaan semula jadi ketika lahir yang menyebabkan kerosakan pada saraf mata, penyakit genetik, proses penuaan, ketumbuhan atau kanser, jangkitan atau kecederaan,” katanya.

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE