Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - YTF, YTSP terima sumbangan pelitup muka

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
YTF, YTSP terima sumbangan pelitup muka

YTF, YTSP terima sumbangan pelitup muka

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 19 October 2021 09:34

Pengasas dan Pengerusi Art Expo Malaysia, Datuk Vincent Sim Tiak Choo dan isteri, Datin Mary Sim menyumbangkan sebanyak 6,000 keping pelitup separuh muka dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) kepada kanak-kanak dari kalangan keluarga kurang berkemampuan yang bermastautin dalam kawasan Projek Diraja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis.

Kampung tradisi nelayan berkenaan kini semakin berubah wajah kepada sebuah destinasi pelancongan terbaharu yang menarik di negeri Perlis dan mempunyai potensi yang sangat besar untuk dikembangkan. Kampung ini juga dijangka mengamit banyak pengunjung dari luar khususnya di kalangan para pelancong ke Pulau Langkawi dengan feri melalui Kuala Perlis dan juga yang menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran di IPT-IPT atau sekolah-sekolah berasrama penuh di negeri ini sejak rentas negeri dibenarkan kembali baru-baru ini. Adalah mustahak bagi kanak-kanak setempat khususnya yang usianya masih belum boleh divaksin untuk diberikan perlindungan secukupnya dalam menyambut kehadiran pengunjung dari dalam dan juga luar negeri kelak.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis berkenan menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Penyelaras Pusat Khidmat Kawasan Kuala Perlis, Kamarudin Malik di Laman Bunga Kertas Kg Tengah di Kg Seberang Ramai Kuala Perlis semalam.

Datuk Vincent dan isteri beberapa hari yang lalu juga telah menyumbangkan 78,000 keping pelitup separuh muka untuk diagihkan kepada golongan memerlukan di kalangan para pelajar sekolah melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan 8,000 keping lagi untuk para pelajar maahad tahfiz menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).

Hadir sama mengiringi Tuanku Raja Muda ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Ir Mohd Shahril Mohd Said.

Penyerahan tersebut dilaksanakan sejurus selepas Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan kempen ‘Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia Bagi Zon Kuala Perlis’ anjuran Jabatan Kesihatan Negeri dengan kerjasama MAIPs, YTSP Perlis dan YTF di lokasi yang sama.

Untuk rekod, di Malaysia kanser payudara adalah kanser yang paling kerap ditemui di kalangan wanita. Kanser Payudara semakin meningkat di kalangan wanita muda yang mana 1 dalam 20 wanita di Malaysia mempunyai risiko untuk mengalami kanser payu dara sepanjang hayat mereka. Kaum leaki juga mempunyai risiko mengalami kanser payudara tetapi jarang berlaku iaitu 1 dalam lebih kurang 100 pesakit kanser payudara.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE