Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis lancar bulan kesedaran kanser payudara

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis lancar bulan kesedaran kanser payudara

Raja Muda Perlis lancar bulan kesedaran kanser payudara

/ Berita Terkini MAIPs / Sunday, 17 October 2021 07:56

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan kempen ‘Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia Bagi Zon Padang Besar’ anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang diadakan di Masjid Solahuddin Al Ayubi, Padang Besar (Utara) semalam.

Aktiviti yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) itu disekalikan dengan ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 29 bagi tahun 2021’ ini.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Penolong Pengarah (Primer) Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Mohd Fauzie Ismail.

Terdahulu, dalam sesi ceramah yang disampaikan oleh Pakar Bedah Klinikal Jabatan Pembedahan Am Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Mr Mohd Adenan Sharudin, beliau memaklumkan bahawa antara diagnosis kanser payudara adalah Klinikal dengan pemeriksaan kendiri atau doktor perubatan, Ujian radiologi melalui mammografi atau ultrasound dan Biopsy tisu payudara secara ‘FNAC’ atau ‘core needle’.

Tambah beliau, antara peringkat atau ‘staging’ kanser payudara adalah pertama – tisu payudara sahaja, kedua – payudara dan kelenjar bawah ketiak, ketiga – payudara dengan rebakan setempat seperti kulit dan otot dada, serta keempat – rebakan ke organ lain seperti hati dan paru-paru.

Sempena program tersebut Tuanku Raja Muda merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada amil, Azemi Mat Saman untuk diagihkan kepada 28 orang asnaf terpilih dalam kariah masjid tersebut. Masing-masing menerima RM400 dengan jumlah penuh disumbang bernilai RM 11,200.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE