Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis nasihat pelajar manfaatkan bantuan yang diterima n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis nasihat pelajar manfaatkan bantuan yang diterima

Raja Muda Perlis nasihat pelajar manfaatkan bantuan yang diterima

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 17 Oktober 2021 07:53

Para pelajar di negeri Perlis dinasihatkan supaya memanfaatkan sebarang bantuan jika diberikan dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan selain menggesa pihak sekolah supaya menguruskan vaksinasi pelajar dengan berkesan.

Langkah pencegahan ini amat penting dalam usaha mengekang jangkitan virus Covid-19 seterusnya membolehkan pelajar menjalani pembelajaran secara bersemuka.

Pelajar juga diseru untuk terus memastikan pemakaian pelitup separuh muka diamalkan bukan sahaja di dalam kawasan sekolah bahkan dalam kehidupan seharian kerana negara akan memasuki fasa endemik dan penularan Covid-19 yang masih tidak dapat dipastikan bila akan berakhir.

Demikian titah nasihat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyerahkan 78,000 keping pelitup separuh muka kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk diagihkan kepada para pelajar dari kalangan golongan keluarga yang memerlukan di 30 buah sekolah menengah dan 74 buah sekolah rendah di negeri Perlis.

Sumbangan tersebut ialah daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dengan kerjasama Pengasas dan Pengerusi Art Expo Malaysia, Datuk Vincent Sim Tiak Choo dan isteri, Datin Mary Sim.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh baginda dan Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman di perkarangan Galeri DiRaja Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis juga menyatakan harapan baginda agar semua pelajar yang layak untuk segera mendapatkan vaksin bagi meningkatkan pertahanan diri sendiri serta pada masa yang sama dapat mengurangkan risiko jangkitan terhadap orang di sekeliling termasuklah rakan-rakan pelajar yang lain.

Sementara itu, Naharudeen mempersembahkan ucapan menjunjung kasih kepada baginda berdua di atas sumbangan yang diterima daripada pihak YTSP Perlis, YTF dan juga Datuk Vincent Sim dan isteri yang akan membantu pihak sekolah dalam menguatkuasakan pemakaian pelitup separuh muka khususnya di kalangan pelajar dari golongan B40.

Beliau menambah lagi bahawa penguatkuasaan ini juga akan membantu pihak sekolah menangani penularan dengan lebih baik seterusnya membolehkan negeri ini memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) di mana lebih ramai pelajar berpeluang menjalani sesi persekolahan secara bersemuka kelak.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE