Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rejimem 504 AW tumpu kesiapsiagaan tugasan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rejimem 504 AW tumpu kesiapsiagaan tugasan

Rejimem 504 AW tumpu kesiapsiagaan tugasan

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 15 Oktober 2021 07:06

Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia akan terus melipatgandakan usaha memberikan fokus dalam aspek latihan bagi menyediakan setiap anggotanya supaya lebih cekap dan berkemahiran serta mampu melaksanakan sebarang penugasan yang diberikan setara dengan anggota tetap.

Latihan intergrasi bersama pasukan tetap juga akan cuba dilaksanakan dari masa ke semasa agar anggota sukarela mendapat pendedahan yang mampu membawa kepada pelaksanaan latihan dan operasi yang boleh dibanggakan sekaligus dapat menentukan tahap pengekalan anggota dalam pasukan simpanan berkenaan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri Ke 32 Tahun 2021 secara atas talian di Kem Bukit Keteri pada petang semalam.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad Ab Rahman dan turut dihadiri Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Padman a/l K.P. Bhaskaran dari Bilik Seroja, Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, Rejimen berkenaan komited akan terus berusaha keras bagi menitikberatkan perancangan yang melibatkan pegawai dan anggotanya dalam latihan ‘Command Post Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX) di peringkat Batalion dan juga Briged. Kehadiran anggota rejimennya akan dipastikan semaksima mungkin jika diberikan ruang bagi membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pendedahan secukupnya.

SKAW merupakan persidangan tahunan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai aspek latihan, pentadbiran dan logistik dari Komander Rejimen Siri 500 Askar Wataniah dan pasukan Pakar Askar Wataniah. Persidangan yang merupakan mesyuarat tertinggi Askar Wataniah kali ini sepatutnya diadakan secara fizikal di negeri Perlis tetapi terpaksa diubah kepada secara hybrid kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara. Perlis akan menjadi tuanrumah persidangan ke 33 pada tahun hadapan.

Sebelum berangkat pulang, Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Komander rejimen tersebut berkenan menyempurnakan ‘Simbolik Pelancaran Acara Kayuhan Virtual Sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Ke-41 dan Hari Sukan Negara (HSN) 2021’.

Menurut Timbalan Komandernya, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak, program kayuhan secara maya yang dianjurkan mulai 9 hingga 30 Oktober 2021 itu berobjektif bagi mempromosikan Rejimen 504 Askar Wataniah Perlis di samping menyahut cabaran sihat ‘HSN’ tahun ini.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE