Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jangan bersikap sambil lewa kelonggaran merentas negeri – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jangan bersikap sambil lewa kelonggaran merentas negeri – Raja Muda Perlis

Jangan bersikap sambil lewa kelonggaran merentas negeri – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 12 Oktober 2021 15:33

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan orang ramai supaya tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran merentas negeri sebaliknya perlu sentiasa kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Titah baginda, di sebalik mengalu-alukan kepulangan individu ke kampung halaman di Perlis, harus diingat supaya tidak terlalu teruja merentas negeri sehingga alpa terhadap pematuhan SOP sekali gus boleh mengundang penularan wabak Covid-19

Titah baginda, aktiviti merentas negeri yang tidak terkawal boleh mengakibatkan penambahan kes secara berterusan di negeri ini.

“Bagi yang pulang ke Perlis, seboleh-bolehnya cubalah untuk tinggal di hotel atau inap desa dan bukanlah di rumah sanak-saudara atau rakan taulan mereka. 

“Ini bagi memastikan pematuhan SOP dapat dilaksanakan dengan baik dan sebagai ikhtiar  tanda kita sayangkan mereka terutama ibu bapa yang kebanyakan merupakan warga emas dan amat berisiko dijangkiti Covid-19 sekali gus menghadapi kesan yang lebih teruk. 

“Begitu juga dengan keluarga yang mempunyai anak-anak belum boleh divaksin dan perlu diberi perlindungan dengan penuh bertanggungjawab,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyampaikan anugerah olahragawati terbaik peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di pekarangan Dewan Kulliyah MAIPs, Behor Temak, di sini hari ini.

Anugerah tersebut yang juga bersempena Hari Sukan Negara itu disampaikan kepada Nor Fartima Mohd. Noor yang mengungguli  dalam acara ping pong dan catur.

Yang hadir sama mengiringi baginda Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd. Noor.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin, berdasarkan rekod pada awal tahun ini iaitu sejurus selepas cuti sekolah penghujung tahun, banyak kes positif di Perlis disebabkan aktiviti merentas negeri membabitkan kehadiran sanak-saudara dari luar negeri ini.

“Masing-masing sukar melaksanakan SOP dengan baik semasa berada bersama-sama di rumah,” titah baginda.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim menasihatkan mereka yang lengkap vaksinasi dan sihat boleh melakukan aktiviti merentas negeri.

“Pastikan juga anak-anak yang belum layak diberi vaksin kekal sihat. Lakukan ujian pengesanan Covid-19 secara kendiri dan memulakan perjalanan jika didapati negatif. 

“Sekiranya positif, kekal kuarantin di kediaman masing-masing dan dapatkan rawatan jika gejala semakin teruk,” katanya.

Sumber: UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE