Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis nasihat jangan abaikan solat jumaat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis nasihat jangan abaikan solat jumaat

Raja Muda Perlis nasihat jangan abaikan solat jumaat

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 10 Oktober 2021 21:19

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan agar seluruh umat Islam lelaki yang melengkapi syarat kewajipan solat jumaat negeri ini melaksanakan kewajipan tersebut dan tidak mengabaikannya.

Menyedari sejak masjid-masjid dibuka kembali selepas pelaksanaan kawalan pergerakan ekoran penularan wabak, didapati terdapat tren menurun dalam kehadiran umat Islam hadir menunaikan solat jumaat di negeri ini.

Baginda mahu masyarakat tidak memandang ringan dalam menunaikan solat jumaat kerana kehadiran adalah satu kewajipan dan merupakan satu dosa meninggalkannya melainkan bagi mereka yang mempunyai keuzuran atau yang terhalang daripada hadir atas dasar maslahah untuk mengelakkan mudarat bagi membendung jangkitan dan penularan wabak penyakit.

Demikian titah baginda yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Kauthar Paya, Perlis semalam yang merupakan penggunaan terakhir bangunan masjid yang telah beroperasi sejak tahun 1966 tersebut bagi solat jumaat.

Hadir menyambut keberangkatan baginda ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Azizan Sulaiman dan Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Muhammad Hafeez Abu Seman.

Masjid itu akan dirobohkan bagi tujuan pembinaan semula bangunan baharu dalam masa terdekat ini. Sehubungan dengan itu masjid ini akan ditutup mulai sabtu 9 Oktober 2021 untuk diserahkan kepada kontraktor projek sejurus selepas proses pemilihan tender diumumkan.

Cadangan menaiktaraf Masjid Al-Kauthar Paya ini telah bermula sejak bulan Mei tahun 2016 lagi apabila Tuanku Raja Muda telah berkenan melancarkan tabung kutipan dana yang kini mencecah hampir RM1 juta. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.2 juta untuk tujuan pembinaan masjid baru ini.

Untuk tempoh selama dua tahun sehingga siap masjid baharu, semua anak kariah boleh mengimarahkan Surau Paya bagi mengerjakan solat fardhu dan kelas agama. Pada masa yang sama, usaha bagi membesarkan surau itu juga sedang dalam perancangan untuk dilaksanakan dengan menolak tar dan juga pemasangan khemah.

Turut diadakan ialah ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 28 Bagi Tahun 2021’ yang mana Tuanku Raja Muda berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs kepada seramai 29 orang asnaf terpilih melalui Amil Kariah Paya, Anuar Kasa. Setiap di antara mereka menerima RM400 dengan jumlah penuh sebanyak RM11,600 diagihkan pada kali ini. Juga diadakan terdahulu daripada itu ialah ceramah berjudul ‘Rakyat Perlis Hidup Benci Najis Dadah’ yang disampaikan oleh pegawai daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE