Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RMPs ziarah mangsa ribut n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
RMPs ziarah mangsa ribut

RMPs ziarah mangsa ribut

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 10 Oktober 2021 21:12

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada empat buah keluarga mangsa bencana ribut di Kampung Kuala Sungai Baru, Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis tengahari semalam.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga ADUN Simpang Empat Nurulhisham Yaakob dan Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf, Hartanah dan Mal Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazri Mat Rejab.

Kejadian ribut tersebut berlaku awal pagi khamis 7 Oktober 2021 pada waktu sebelum subuh. Terdahulu lawatan dan semakan telah dilakukan oleh pihak MAIPs pada hari yang sama.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis turut berkenan menghulurkan sumbangan MAIPs bagi meringankan bebanan mangsa-mangsa yang terbabit berjumlah antara RM600-800 di rumah salah seorang mangsa yang bumbungnya sudah hampir siap diperbaiki oleh tukang-tukang setempat iaitu Ismail Yahaya, 59 tahun yang melahirkan rasa bersyukur di atas sumbangan yang diterima beliau beserta mangsa-mangsa lain daripada MAIPs dan Tuanku Raja Muda.

Selepas penyerahan tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra mengingatkan semua supaya sentiasa menguruskan persiapan bagi menghadapi sebarang jenis bencana alam sebaik mungkin dengan mengenal pasti, menilai serta mengatur kepentingan risiko sebagai kesan ketidak tentuan pada matlamat, sama ada positif atau negatif diikuti oleh penggunaan sumber secara teratur dan ekonomi bagi mengurangkan, memantau dan mengawal sebarang kemungkinan dan kesan peristiwa tidak diingini yang boleh melanda diri sendiri, keluarga dan juga harta benda masing-masing.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE