Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - SK Seberang Ramai bawa nama Perlis ke peringkat global n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
SK Seberang Ramai bawa nama Perlis ke peringkat global

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 10 Oktober 2021 21:12

KANGAR : Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ramai di Kuala Perlis terpilih menyertai program antarabangsa ‘T4 World Education Week 2021’ yang berlangsung dari 3 hingga 8 Oktober secara digital yang sekali gus membawa nama negeri ini ke peringkat global.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penyertaan sekolah tersebut bersama 99 buah sekolah dan organisasi lain secara tidak langsung mempamerkan kebolehan pelajar dan warga sekolah luar bandar di negeri ini untuk turut menyerlah di peringkat lebih tinggi.

Baginda bertitah, literasi atau kebolehan membaca dan menulis merupakan perkara yang amat penting dan menjadi asas dalam pembelajaran.

 “Justeru, kebolehan literasi pelajar perlu ditingkatkan melalui pelbagai kaedah dan juga pendekatan. 

“Tahniah kepada SK Seberang Ramai di atas usahanya menutup jurang literasi dan menggabungkan pihak sekolah dan komuniti setempat secara bersama,” titah baginda pada sesi pembentangan yang berlangsung sempena program tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda baginda iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail; Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Puteri Sharifah Khatreena bertitah, walaupun teknologi berkembang dengan pesat dan peluang untuk memperoleh pengetahuan dengan membaca itu kini boleh didapati hanya di hujung jari, namun masih banyak yang memilih untuk mengabaikannya.

“Keupayaan membaca, menulis, bertutur, dan mendengar dengan berkesan adalah asas bagi masyarakat yang sejahtera. Literasi begitu penting terhadap pembangunan dan kesejahteraan ekonomi, individu dan masyarakat.

“Ekonomi, masyarakat dan negara akan ditingkatkan ketika pelajar memiliki kemahiran literasi yang tinggi,” titah Puteri Sharifah Khatreena.

Sementara itu, Puteri Sharifah Farah pula bertitah, institusi pembelajaran yang pertama adalah di rumah dan guru pertama pula merupakan ibu bapa dan persekitaran seseorang itu. 

“Pada saat kanak-kanak itu membuka matanya, maka, pembelajaran pun bermula. Setiap saat itu begitu penting di mana anak-anak akan mula mengikuti gaya bahasa, tingkah laku dan juga mengembangkan sikap serta pendapat tentang dunia di sekeliling mereka.

“Setelah itu, anak-anak akan dihantar ke sekolah untuk pembelajaran selanjutnya. Guru memberikan pengetahuan yang cukup berharga dan mereka mulai berkembang secara sosial ketika mana mula berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya,” titahnya. -UTUSAN ONLINE

“Setelah itu, anak-anak akan dihantar ke sekolah untuk pembelajaran selanjutnya. Guru memberikan pengetahuan yang cukup berharga dan mereka mulai berkembang secara sosial ketika mana mula berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya,” titahnya.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE