Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Budi bahasa perlu disuburkan sejak bangku sekolah – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Budi bahasa perlu disuburkan sejak bangku sekolah – Raja Muda Perlis

Budi bahasa perlu disuburkan sejak bangku sekolah – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 27 September 2021 21:11

KANGAR : Amalan budi bahasa dan pekerti Melayu perlu terus disuburkan dalam kalangan anak-anak bermula daripada peringkat keluarga, sekolah dan masyarakat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, didikan dan nilai seumpama itu perlu diterapkan sejak bangku sekolah lagi agar mereka menjadi individu yang sentiasa peka terhadap norma masyarakat di sekeliling.

“Hal ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya amalan budi bahasa sehinggalah wujudnya mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam modul pembelajaran Malaysia. 

“Oleh demikian, jelas bahawa konsep budi bahasa itu merupakan intipati yang amat diperlukan dalam usaha mewujudkan bangsa Malaysia yang bertamadun,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyaksikan penyerahan bahan makanan secara simbolik daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hasil sumbangan DZ Bikers Malaysia kepada Perlis Volunteer Action Community (PVAC) di pekarangan bangunan MAIPs 2 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mohammad Hazam Ismail dan Pengerusi PVAC, Effendey Harun.

Terdahulu, Mohd Nazim mewakili MAIPs menerima sumbangan barangan DZ Bikers Malaysia itu yang mendapat kerjasama Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Laksamana Kelantan, Datuk Seri Diraja Sharifah Azwan Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Sumbangan tersebut berupa makanan keperluan asas untuk 1,000 orang bagi program tersebut yang dihantar oleh Presiden DZ Bikers Malaysia, Datuk Zailan Mohamed dan diserahkan oleh wakilnya di Perlis iaitu Presiden Kelab Utara Bikers, Mohd Khalid Ahmad.

Sumber:UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE