Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP perkenal lapan teras utama pelan strategik

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
UniMAP perkenal lapan teras utama pelan strategik

UniMAP perkenal lapan teras utama pelan strategik

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 27 September 2021 14:16

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memperkenalkan lapan ‘Teras Utama’ bagi pelan strategik universiti berkenaan yang diberi nama ‘UniMAP 2025’ untuk tempoh 2020-2025.

Lapan teras utama tersebut ialah Teras Akademik, Teras Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan, Teras Kesejahteraan Pelajar, Teras Pengantarabangsaan dan Teras Libat Sama dan Pembangunan Komuniti. Manakala tiga teras yang menyokong teras-teras utama berkenaan ialah Teras Kecemerlangan Bakat, Teras Pemantapan Infrastruktur dan Teras Kelestarian Kewangan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail setelah memperkenankan keputusan pihak Senat Universiti untuk menangguhkan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen Ke-15 dan Istiadat Konvokesyen Ke-16 UniMAP ke Tahun 2022 berdasarkan kepada situasi
semasa penularan pandemik Covid-19 yang masih lagi mencatatkan angka kebolehjangkitan yang tinggi.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, menurut taklimat yang dipersembahkan kepada baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor ialah secara keseluruhannya, sebanyak 118 KPI telah dipersetujui bersama oleh pihak pengurusan dengan semua ketua dan pasukan Teras bagi tahun 2021 ini. Semua KPI ‘UniMAP 2025’ bagi tahun 2021 ini serta sasaran pusat boleh diakses oleh semua warga universiti melalui sistem epic.unimap.edu.my tanpa memerlukan sebarang kata laluan. Semua Ketua Teras juga diminta oleh pihak pengurusan universiti untuk meletakan sasaran bagi KPI strategik yang telah ditetapkan kepada Dekan dan ketua-ketua jabatan masing-masing. Mereka pula kemudiannya perlu meletakkan sasaran tersebut kepada kakitangan di pusat tanggungjawab masing-masing serta merangka strategi untuk pencapaian sasaran yang telah diagihkan. Melalui langkah ini, secara langsung mahupun tidak langsung setiap kakitangan akan merasa keterlibatan mereka dalam pencapaian KPI ‘UniMAP 2025’, dan seterusnya dalam pembangunan dan pengukuhan kedudukan universiti sebagai sebuah universiti teknikal yang berdaya saing di persada tempatan dan juga antarabangsa.




Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE