Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis berangkat meninjau lokasi kejadian kebakaran di Masjid Al-Taqwa n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis berangkat meninjau lokasi kejadian kebakaran di Masjid Al-Taqwa

Raja Muda Perlis berangkat meninjau lokasi kejadian kebakaran di Masjid Al-Taqwa

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 27 September 2021 14:13

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meninjau lokasi kejadian kebakaran di Masjid Al-Taqwa Alor Redis dekat Arau petang ini.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) meluangkan masa hampir 30 minit melawati tempat kejadian.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf Hartanah dan Mal MAIPs, Mohd Nazri Mat Rejab.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda menasihatkan semua supaya menyimpan bahan yang mudah terbakar di tempat yang selamat dan melakukan pemeriksaan berkala ke atas wayar elektrik premis rumah, tempat kerja atau kedai masing-masing.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut mengingatkan agar orang ramai sentiasa memeriksa peralatan elektrik yang digunakan. Beri perhatian kepada peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas. Pada masa yang sama jauhkan pemetik api atau lilin daripada sebarang objek yang mudah terbakar.

Sementara itu, Mohd Nazim menerangkan pihaknya menerima berita berkaitan kejadian tersebut melalui panggilan telefon oleh Imam Masjid Al-Taqwa, Izuddin Ibrahim yang memaklumkan bahawa beliau telah dihubungi oleh seorang anak kariah yang kebetulan melewati kawasan masjid berkenaan.

Kejadian yang berlaku sekitar 3.30 petang semalam telah menyebabkan kerosakan penuh ruang solat masjid berkenaan.

MAIPs mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pelbagai pihak sama ada kerajaan, pertubuhan atau orang perseorangan yang telah menginisiatifkan pelbagai usaha dalam membantu penyelenggaraan masjid berkenaan.

Dalam pada itu, MAIPs turut melancarkan kutipan wakaf tunai melalui kerjasama Pertubuhan Suara Sunnah Malaysia dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi memberikan ruang kepada para penyumbang budiman untuk menyalurkan sumbangan wakaf mereka ke Dana Wakaf Penyelenggaraan Masjid MAIPs.

Masyarakat dan pihak yang berhasrat menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian secara dalam talian dengan menekan butang klik pada pautan http://suarasunnah.my/masjidterbakar atau melayari laman portal rasmi MAIPs www.maips.gov.my

 




Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE