Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jangan buang sampah sesuka hati- Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jangan buang sampah sesuka hati- Raja Muda Perlis

Jangan buang sampah sesuka hati- Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 20 September 2021 08:47

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak seluruh rakyat di negeri ini agar menyayangi alam sekitar sekali gus mempunyai kesedaran menjaga kebersihan terutama di tempat awam seperti laut, sungai dan pesisir pantai.

Titah baginda, masyarakat perlu mengamalkan sikap menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah sesuka hati di tempat awam. 

“Penduduk sekitar, peniaga dan pengunjung juga perlu peka dan memainkan peranan penting terhadap kebersihan dan bertindak sebagai ejen kebersihan dalam menjaga kebersihan persekitaran tempat awam,” titah baginda sempena Hari Pembersihan Sedunia (WCD) 2021 yang disambut pada 19 September setiap tahun di sini hari ini.

Seterusnya baginda menyeru, seluruh masyarakat, agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta aktivis kebersihan serta alam sekitar di negeri ini untuk turut serta dalam menjayakan WCD.

Saran baginda, masyarakat juga perlu memanfaatkan masa yang terluang bersama ahli keluarga dalam tempoh pandemik ini dengan melaksanakan aktiviti pembersihan di sekitar rumah masing-masing.

“Inisiatif dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan aktiviti pembersihan amat diharapkan bagi memastikan matlamat penganjuran sambutan WCD tercapai,” titah baginda.

Pada kesempatan sama, Tuanku Syed Faizuddin yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis berharap kerjasama dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam aspek kebersihan yang merupakan kunci utama dalam memastikan kebersihan persekitaran dapat dicapai secara menyeluruh.

“Ia sekali gus bertepatan dengan inisiatif ‘Rakyat Perlis Hidup Bersih’,” titah baginda.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri, Shamsuharizal Basir berkata, WCD 2021 merupakan sambutan kali kedua yang dianjurkan oleh pihaknya dengan pelbagai pengisian program telah diatur dan diadakan secara dalam talian sepenuhnya disebabkan negara masih berdepan dengan Covid-19. 

Katanya, pelaksanaan komponen utama dalam WCD adalah seperti aktiviti pembersihan kawasan dan audit sisa secara individu atau bersama keluarga di kawasan rumah masing-masing. 

“Pelbagai sesi webinar dan pertandingan juga dianjurkan sepanjang sambutan ini yang bermula 6 hingga 19 September dan boleh diikuti melalui platform Facebook rasmi SWCorp. Antaranya ialah cilik WCD, momen WCD, agensi terbaik WCD, Tiktok Clean Up Challenge dan kuiz dengan hadiah terkumpul berjumlah RM 22,000,” katanya.

Dalam pada itu, pada tahun lalu sahaja, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang telah melaksanakan inisiatif Recycle For Life (RFL) telah berjaya mengumpul sebanyak 2,893 kilogram bahan untuk dikitar semula yang diterjemahkan sebagai sumbangan pihak universiti itu melalui hubungan strategiknya dengan syarikat E-Idaman Sdn. Bhd. 

Sebagai rekod, WCD adalah sambutan di peringkat dunia yang melibatkan aktiviti kesedaran dan keprihatinan masyarakat melalui pembersihan kawasan persekitaran secara serentak dan mula dianjurkan oleh sebuah organisasi antarabangasa iaitu Let’s Do It World yang berjaya menyatukan 180 negara di seluruh dunia pada tahun 2019 demi sebuah planet yang bersih.

Sumber: UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE