Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya, akad nikah di masjid kembali dibenarkan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya, akad nikah di masjid kembali dibenarkan

Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya, akad nikah di masjid kembali dibenarkan

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 19 September 2021 18:16

ARAU : Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya dengan aktiviti pengimarahan turut dibenarkan bermula waktu Subuh 22 September ini, namun dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Dalam masa sama, semua masjid di dalam mukim Kuala Perlis dan Sanglang turut dibuka dan arahan pengimarahan secara terhad dibatalkan

Pembukaan masjid sepenuhnya di Perlis itu selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa penularan Covid-19 di negeri ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, melalui arahan pematuhan yang ketat, hanya anak kariah yang telah lengkap menerima suntikan dua dos vaksin dibenarkan hadir ke masjid.

Baginda bertitah, meskipun lengkap dua dos suntikan namun mereka yang terlibat dengan rentas negeri sama ada dengan kebenaran atau sebaliknya termasuk berulang alik ke tempat kerja setiap hari dilarang hadir ke masjid.

Bagaimanapun titah baginda, larangan tersebut hanya dalam tempoh dua minggu daripada tarikh terakhir merentas sempadan negeri.

“Ahli keluarga yang tinggal bersama dengan golongan yang melakukan rentas sempadan turut tidak dibenarkan melainkan ahli keluarga yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin. 

“Golongan yang berstatus PUI (Person Under Investigation), PUS (Person Under Surveillance) dan mereka yang memiliki risiko untuk dijangkiti selain golongan yang mempunyai gejala seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak, selsema dan sebagainya turut tidak dibenarkan,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), jemaah hendaklah mematuhi SOP ditetapkan seperti memakai pelitup muka serta memakai dua pelitup muka serta ditambah baik dengan pemakaian bersama pelindung muka.

“Selain itu, membawa sejadah sendiri bersaiz standard, mengambil wuduk sebelum ke masjid, mengimbas suhu dan melaksanakan rekod penjejakan sosial. Penjarakan pula masih kekal dua meter,” titah baginda.

Sementara itu, baginda bertitah, selain solat fardu lima waktu, solat Jumaat dan solat jenazah, semua kuliah agama, kelas pengajian serta ceramah adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP.

Titah baginda, selain itu, akad nikah juga boleh dilaksanakan di dalam masjid dengan pematuhan SOP. 

“Jamuan di masjid boleh dilaksanakan dengan cara mengedarkan makanan yang siap dibungkus (tanpa menggunakan polisterin serta meminimumkan plastik sekali guna) untuk dibawa pulang sahaja. 

“Bagi mereka yang bermusafir, solat sebolehnya dilaksanakan di tempat penginapan. Namun begitu bagi aktiviti musafir tanpa penginapan di Perlis, ruang solat disediakan di anjung luar masjid pada tiga waktu seperti pukul 5.30 petang hingga 6.30 petang untuk solat jamak taakhir Zohor dan Asar.

“Pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam untuk solat jamak taakhir Maghrib dan Isyak. Bagi solat Subuh, ruang berkenaan disediakan pada pukul 6.30 pagi hingga 7.00 pagi.

“Para musafir pula hendaklah mematuhi segala SOP termasuk membawa sejadah sendiri serta menunaikan solat berjemaah yang terhad bilangannya tiga orang dan hanya melibatkan mereka yang bermusafir dalam kenderaan yang sama sahaja,” titah baginda.

Sumber: UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE