Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ciptaan UniMAP terima anugerah utama inovasi n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ciptaan UniMAP terima anugerah utama inovasi

Ciptaan UniMAP terima anugerah utama inovasi

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 19 September 2021 18:14

Produk ciptaan para pereka daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berupa ‘Design and development of a protective intubation device to protect frontliners in treating chronic Covid-19 patients’ muncul juara ‘Grand Award’ dalam ‘Pameran Inovasi, Kreativiti Dan Teknologi Antarabangsa Kali Ke-2’ atau ‘The 2nd International Innovation, Creativity & Technology Exhibition (i2CreaTE) 2021’ yang telah berlangsung secara hybrid dalam talian pada semalam.

‘I2CreaTE 2021’ dianjurkan oleh Persatuan Penyelidikan Dan Inovasi Malaysia (MyRIS) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan World Invention Intellectual Property Association (WIIPA).

Sebanyak 280 penyertaan produk diterima oleh pihak penganjur pada kali ini. 211 adalah hasil daripada dalam negara iaitu 33 dari sekolah rendah, 68 sekolah menengah dan 110 dari institusi pengajian tinggi. 73 penyertaan lagi diterima daripada 8 buah negara luar bagi kategori antarabangsa.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan majlis penutupan pameran bertemakan ‘Humanities In The Post Covid-19 Era’ tersebut menitahkan bahawa berikutan penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, masyarakat perlu pantas menyesuai dan mengubah kandungan serta teknik pendidikan masing-masing agar dapat memenuhi tuntutan suasana kelaziman baharu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra melihat kaedah pameran dan pertandingan yang diinisiatifkan sebegini bukan sahaja berjaya menghasilkan produk fizikal semata-mata, tetapi juga dapat memajukan lagi pengetahuan dan idea generasi muda, memberi ruang kepada para peserta menyampaikan idea dan inovasi, mempamerkan kreativiti serta mengembangkan lagi rangkaian jaringan masing-masing.

Tambah Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP, peranti seperti komputer riba, ipad, telefon pintar dan akses internet, misalnya, kini juga telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian bagi kebanyakan orang di seluruh dunia.

Hadir ke majlis yang turut diadakan ‘Penganugerahan Pingat dan Hadiah’ selain hadiah-hadiah utama lain seperti ‘Mentor Inovasi’ kepada para pemenang ialah Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Presiden MyRIS Datuk Profesor Emeritus Dr Kamarudin Hussin.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE