Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jadikan masjid sebagai contoh dalam pematuhan SOP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jadikan masjid sebagai contoh dalam pematuhan SOP

Jadikan masjid sebagai contoh dalam pematuhan SOP

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 19 September 2021 18:11

KANGAR: Masjid harus menjadi contoh teladan kepada masyarakat dalam pelaksanaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan yang lengkap dan sempurna.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, peranan masjid dalam mendidik masyarakat mengamalkan SOP sebagai ikhtiar mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak harus diangkat serta dicontohi.

“Amalan yang dilakukan ketika solat dan berada di masjid dalam pematuhan SOP haruslah diterjemahkan dalam kehidupan seseorang ketika berada di tempat lain sama ada di pasar, kedai, tempat kerja, mahupun di rumah sendiri.

“Inilah yang mengingatkan semua kepada peranan ibadah solat dalam menyusun atur kehidupan manusia. Bermula dari perintah menjaga kebersihan dan kesucian, termasuklah kewajipan mematuhi arahan ketua perlu dihayati oleh setiap masyarakat,” titah baginda selepas berangkat menyampaikan titah pembukaan dan seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Sidang Keempat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) 2021 yang diadakan secara digital, di sini hari ini.

Sementara itu, baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs turut mengulangi titahnya berhubung kepentingan memberikan fokus dalam menangani sesuatu krisis selain berharap MAIPs dapat terus memainkan peranan dalam membantu masyarakat dengan seluruh kekuatan jenteranya.

Tuanku Syed Faizuddin turut mengalu-alukan sumbangan idea, pandangan dan maklumat kepada pihak pengurusan dalam usaha untuk terus memperbaiki dan memperkemaskan lagi pengurusan MAIPs di masa akan datang.

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE