Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perpustakaan Kewangan Islam Pertama Ditubuh Di UIM n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Perpustakaan Kewangan Islam Pertama Ditubuh Di UIM

/ Archive MAIPs / Rabu, 28 Oktober 2015 21:28

CYBERJAYA, 28 Okt 2015 (RABU) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan merasmikan CIMB Islamic-Primary Islamic Finance Library di Universiti Islam Malaysia (UIM) di sini - perpustakaan kewangan Islam pertama di negara ini.

Bertitah pada majlis pelancaran tersebut, baginda berharap koleksi wakaf dan kewangan Islam yang tidak ternilai harganya itu akan turut memberi manfaat yang cukup luas kepada bukan sahaja para siswazah dan penyelidik universiti malah masyarakat awam dari dalam dan luar negara."Inisiatif ini dilihat selari dengan visi UIM untuk menggabungkan pengetahuan dan kebijaksanaan sebagai satu kesatuan untuk melahirkan ilmuan serta pemikir berwawasan dan berimbang," titahnya. 

Turut berangkat ke majlis tersebut, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Raja Muda Perlis dalam titahnya turut mengumumkan bahawa Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan menaja pusat kajian yang diberi nama, 'Kerusi Jamalullail' di UIM.

"MAIPs juga berhasrat untuk menyumbangkan buku-buku untuk perpustakaan yang dirasmikan hari ini bernilai RM30,000 serta satu anjung buku-buku rujukan yang dinamakan 'Anjung Perlis' akan diwujudkan untuk menyangga agenda pemerkasaan ilmu di UIM," titah baginda.

Terdahulu, Presiden UIM Tan Sri Prof Dr Mohd Yusuf Noor berkata penubuhan perpustakaan tersebut adalah unik kerana ia adalah yang pertama disumbangkan kepada institusi pengajian tinggi oleh sebuah institusi perbankan negara yang memuatkan koleksi khas dalam bidang kewangan Islam.

"Sebanyak 3,000 koleksi berupa bahan-bahan rujukan kewangan Islam adalah hasil sumbangan sebanyak RM1 juta dari CIMB Islamic menerusi Institut Pengurusan Wakaf dan Kewangan Islam (i-Wafa, International Institute of Islamic Finance and Waqf Management)," katanya.

Katanya kewujudan perpustakaan itu dijangka mampu menarik penggubal undang-undang, penyelidik, pengamal di bidang kewangan dan pelajar pasca siswazah dari dalam dan luar negara untuk membuat rujukan.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE