Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Penjawat Awam Perlu Bekerja Sebagai Satu Pasukan, Elak Budaya Berpuak-Puak n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Penjawat Awam Perlu Bekerja Sebagai Satu Pasukan, Elak Budaya Berpuak-Puak

/ Archive MAIPs / Sabtu, 05 September 2015 21:28

KANGAR, 5 Sept 2015 (SABTU) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan penjawat awam agar sentiasa menjaga nama baik organisasi masing-masing dan mengelak daripada membina budaya berpuak-puak.Menurut baginda selain mematuhi arahan Ketua berpandukan prinsip integriti dan amanah, penjawat awam hendaklah berusaha mempertingkatkan prestasi kerja mereka demi menjaga imej organisasi.

"Sifat-sifat ini dapat membentuk daya jurang yang mapan, memupuk jiwa dan meningkatkan iltizam penjawat awam menjadi lebih berdaya saing," titah Tuanku Syed Faizuddin pada majlis 'Jasamu Dikenang' sempena persaraan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Abdul Malik Hussin di Pavillion Denai Larian, di sini, jumaat.

Abdul Malik berkhidmat sebagai CEO MAIPs selama empat tahun dan sebelum itu berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun termasuk dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs berkenan menyaksikan upacara penyerahan watikah kepada Pengurus Baitulmal MAIPs Mohd Nazim Noor yang dilantik menjalankan tugas CEO MAIPS.Turut berangkat pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE